DEFINISI PENYAKIT KRITIKAL JUVANA
1. ASMA TERUK
Asma teruk yang dibuktikan oleh SAMADA :
Serangan akut asma teruk ang mengakibatkan kemasukan ke hospital dan pernafasan terpaksa dibantu dengan alat pernafasan mekanikal bagi tempoh berterusan selama sekurang-kurangnya 4 jam untuk memastikan serangan asma terkawal, atas nasihat pakar perunding pediatrik.
ATAU
Sekurang-kurangnya 4 daripada ciri-ciri berikut bagi asma teruk yang kronik.
# Pengambilan secara berterusan ubat makan kortikosteriod setiap hari untuk tempoh minimum 6 bulan atas nasihat pakar perunding pediatrik bagi mengawal asma;
# Kewujudan cacat bentuk dada jenis sulkus Harrison yang disahkan oleh pakar perunding pediatrik;
# Kerencatan tumbesaran ketara yang disahkan dan dikaitkan oleh pakar perunding pediatrik dengan asma teruk kronik yang dihidapi oleh kanak-kanak (yang untuk tujuan ini ditakrifkan sebagai ketinggian di bawah paras persenti ketiga semasa pemeriksaan biasa pada usia sekurang-kurangnya satu tahun;
# Sekurang-kurangnya tiga kemasukan ke hospital setahun secara purata dalam dua tahun sebelumnya bagi mengawal serangan asma yang akut. Kemasukan ke hospital dikira untuk tujuan ini jika ia memerlukan penginapan dalam hospital untuk sekurang-kurangnya dua malam atas nasihat pakar perunding pediatrik.
# Sekatan ketara dan kekal dalam kadar kemuncak aliran keluar nafas (yang untuk tujuan ini ditakrifkan sebagai catatan maksimum bagi kadar kemuncak aliran keluar nafas yang lebih rendah daripada 80% kadar dijangkakan oleh pakar perunding pediatrik bagi asma). Catatan tersebut hendaklah dibuat oleh pakar perunding pediatrik bagi sekurang-kurangnya 12 bulan. Pakar perunding pediatrik yang mengesahkan catatan mesti berpuas hati bahawa kanak-kanak itu mematuhi pengambilan optimum ubat asma yang disyorkan sepanjang tempoh dalam mana catatan dibuat.
2. LEUKAEMIA
Diagnosis muktamad penyakit leukaemia, disahkan menerusi histologi, yang memerlukan rawatan kemoterapi dan/atau radioterapi.
3. PEMINDAHAN SUM SUM TULANG
Menjalani pemindahan sebenar, atau disahkan diterima masuk dalam senarai menunggu rasmi Malaysia, untuk pemindahan Sum sum Tulang yang diperlukan, sebagai penerima daripada penderma manusia.
4. DIABETES MELITUS BERGANTUNG KEPADA INSULIN
Diabetes melitus (kencing manis) bergantung kepada insulin yang ditandakan oleh keperluan mendapatkan insulin dari luar secara berterusan untuk hidup, seperti diagnosis oleh pakar perunding endokrinologi. Bukti pergantungan selama sekurang-kurangnya 6 bulan akan diperlukan sebelum tuntutan dipertimbangkan.
5. DEMAM REUMATIK DENGAN KEROSAKAN INJAP.
Diagnosis demam reumatik yang akut mengikut kriteria diagnosis Jones semakan semula yang disahkan oleh pakar pediatrik berkeleyakan yang diterima oleh Syarikat. Syarikat hanya melindungi kes yang melibatkan injap paras rendah berpunca daripada demam reumatik yang disahkan menerusi siasatan pengukuran fungsi injap oleh pakar kardiologi berkelayakan yang diterima oleh Syarikat.
6. PENYAKIT KAWASAKI DENGAN KOMPLIKASI JANTUNG
Diagnosis penyakit Kawasaki oleh Pakar Perunding Pediatrik, Reumatologi atau Kardiologi. Ini mesti disokong oleh bukti ekokardiografi yang menunjukan jantung terjejas, ditandakan oleh kesan bengkak atau pembentukan aneurimse dalam ateri-arteri koronari yang berlaku selama sekurang-kurangnya enam bulan selapas serangan akut pertama.
7. KERANCATAN INTELEKTUAL AKIBAT KEMALANGAN ATAU PENYAKIT
Kerencatan Neurologikal yang Ketara dan Kekal atau Kehilangan Daya Intelektual yang Ketara dan Kekal yang disebabkan secara langsung oleh kemalangan atau penyakit seperti didiagnosis oleh pakar perunding pediatrik atau pakar perunding neurologi.
Kerencatan Neorologikal atau Kehilangan Daya Intelektual mesti disahkan untuk kanak-kanak bawah usia 6 tahun menerusi Ujian Pengesanan Pembesaran Denver, Singapura (DDST, Singapore) yang dijalankan di Malaysia dengan bacaan Tidak Normal,atau bagi kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas, oleh tahap IQ kurang daripada 70.
Kerencatan Neoroligikal ketara atau kehilangan daya intelektual ketaka mesti mengakibatkan kanak-kanak memerlukan penjagaan khas atau persekolahan khas seperti disahkan oleh pakar perunding pediatrik atau pakar perunding neorologi dan mesti berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tuntutan dibayar. Tuntutan tidak akan dibayar sehingga pemegang insurans berusia empat tahun atau lebih.
Bukti mesti dikemukakan bahawa Kerencatan Neorologikal yang Ketara dan Kekal atau Kehilangan Daya Intelektual yang Ketara dan Kekal tersebut adalah disebabkan secara langsung oleh kemalangan yang dialami atau penyakit yang dihadapi oleh pemegang insurans selapas tarikh permulaan risiko polisi.
8. GLOMERULONEFRITIS DENGAN SINDROM NEFROTIK
Kami hanya melindungi glomerulonefritis dengan sindrom nefrotik yang berterusan bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan, dengan atau tanpa tempoh keredaan berselang. Diagnosis sindrom nefrotik mesti dibuat oleh pakar perunding pediatrik berkelayakan yang diterima oleh Syarikat dan yang dapat mengesahkan bahawa kaedah rawatan sesuai dengan keadaan klinikal telah dipatuhi sepanjang tempoh sindrom itu dialami. Faedah tidak akan dibayar bagi sindrom nefrotik yang berpunca daripada penyakit lain yang juga menimbulkan tuntutan.
* Nota adalah sama untuk pelan MAA ASSURANCE & MAA TAKAFUL