BTC USD 83,357.6 Gold USD 4,105.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maa Takaful Berhad

untuk plan juvana tu talasemia cover tak?
 
DEFINISI PENYAKIT KRITIKAL JUVANA

1. ASMA TERUK
Asma teruk yang dibuktikan oleh SAMADA :
Serangan akut asma teruk ang mengakibatkan kemasukan ke hospital dan pernafasan terpaksa dibantu dengan alat pernafasan mekanikal bagi tempoh berterusan selama sekurang-kurangnya 4 jam untuk memastikan serangan asma terkawal, atas nasihat pakar perunding pediatrik.

ATAU
Sekurang-kurangnya 4 daripada ciri-ciri berikut bagi asma teruk yang kronik.

# Pengambilan secara berterusan ubat makan kortikosteriod setiap hari untuk tempoh minimum 6 bulan atas nasihat pakar perunding pediatrik bagi mengawal asma;

# Kewujudan cacat bentuk dada jenis sulkus Harrison yang disahkan oleh pakar perunding pediatrik;

# Kerencatan tumbesaran ketara yang disahkan dan dikaitkan oleh pakar perunding pediatrik dengan asma teruk kronik yang dihidapi oleh kanak-kanak (yang untuk tujuan ini ditakrifkan sebagai ketinggian di bawah paras persenti ketiga semasa pemeriksaan biasa pada usia sekurang-kurangnya satu tahun;

# Sekurang-kurangnya tiga kemasukan ke hospital setahun secara purata dalam dua tahun sebelumnya bagi mengawal serangan asma yang akut. Kemasukan ke hospital dikira untuk tujuan ini jika ia memerlukan penginapan dalam hospital untuk sekurang-kurangnya dua malam atas nasihat pakar perunding pediatrik.

# Sekatan ketara dan kekal dalam kadar kemuncak aliran keluar nafas (yang untuk tujuan ini ditakrifkan sebagai catatan maksimum bagi kadar kemuncak aliran keluar nafas yang lebih rendah daripada 80% kadar dijangkakan oleh pakar perunding pediatrik bagi asma). Catatan tersebut hendaklah dibuat oleh pakar perunding pediatrik bagi sekurang-kurangnya 12 bulan. Pakar perunding pediatrik yang mengesahkan catatan mesti berpuas hati bahawa kanak-kanak itu mematuhi pengambilan optimum ubat asma yang disyorkan sepanjang tempoh dalam mana catatan dibuat.


2. LEUKAEMIA

Diagnosis muktamad penyakit leukaemia, disahkan menerusi histologi, yang memerlukan rawatan kemoterapi dan/atau radioterapi.

3. PEMINDAHAN SUM SUM TULANG

Menjalani pemindahan sebenar, atau disahkan diterima masuk dalam senarai menunggu rasmi Malaysia, untuk pemindahan Sum sum Tulang yang diperlukan, sebagai penerima daripada penderma manusia.

4. DIABETES MELITUS BERGANTUNG KEPADA INSULIN

Diabetes melitus (kencing manis) bergantung kepada insulin yang ditandakan oleh keperluan mendapatkan insulin dari luar secara berterusan untuk hidup, seperti diagnosis oleh pakar perunding endokrinologi. Bukti pergantungan selama sekurang-kurangnya 6 bulan akan diperlukan sebelum tuntutan dipertimbangkan.

5. DEMAM REUMATIK DENGAN KEROSAKAN INJAP.

Diagnosis demam reumatik yang akut mengikut kriteria diagnosis Jones semakan semula yang disahkan oleh pakar pediatrik berkeleyakan yang diterima oleh Syarikat. Syarikat hanya melindungi kes yang melibatkan injap paras rendah berpunca daripada demam reumatik yang disahkan menerusi siasatan pengukuran fungsi injap oleh pakar kardiologi berkelayakan yang diterima oleh Syarikat.

6. PENYAKIT KAWASAKI DENGAN KOMPLIKASI JANTUNG

Diagnosis penyakit Kawasaki oleh Pakar Perunding Pediatrik, Reumatologi atau Kardiologi. Ini mesti disokong oleh bukti ekokardiografi yang menunjukan jantung terjejas, ditandakan oleh kesan bengkak atau pembentukan aneurimse dalam ateri-arteri koronari yang berlaku selama sekurang-kurangnya enam bulan selapas serangan akut pertama.

7. KERANCATAN INTELEKTUAL AKIBAT KEMALANGAN ATAU PENYAKIT

Kerencatan Neurologikal yang Ketara dan Kekal atau Kehilangan Daya Intelektual yang Ketara dan Kekal yang disebabkan secara langsung oleh kemalangan atau penyakit seperti didiagnosis oleh pakar perunding pediatrik atau pakar perunding neurologi.

Kerencatan Neorologikal atau Kehilangan Daya Intelektual mesti disahkan untuk kanak-kanak bawah usia 6 tahun menerusi Ujian Pengesanan Pembesaran Denver, Singapura (DDST, Singapore) yang dijalankan di Malaysia dengan bacaan Tidak Normal,atau bagi kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas, oleh tahap IQ kurang daripada 70.

Kerencatan Neoroligikal ketara atau kehilangan daya intelektual ketaka mesti mengakibatkan kanak-kanak memerlukan penjagaan khas atau persekolahan khas seperti disahkan oleh pakar perunding pediatrik atau pakar perunding neorologi dan mesti berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tuntutan dibayar. Tuntutan tidak akan dibayar sehingga pemegang insurans berusia empat tahun atau lebih.

Bukti mesti dikemukakan bahawa Kerencatan Neorologikal yang Ketara dan Kekal atau Kehilangan Daya Intelektual yang Ketara dan Kekal tersebut adalah disebabkan secara langsung oleh kemalangan yang dialami atau penyakit yang dihadapi oleh pemegang insurans selapas tarikh permulaan risiko polisi.

8. GLOMERULONEFRITIS DENGAN SINDROM NEFROTIK

Kami hanya melindungi glomerulonefritis dengan sindrom nefrotik yang berterusan bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan, dengan atau tanpa tempoh keredaan berselang. Diagnosis sindrom nefrotik mesti dibuat oleh pakar perunding pediatrik berkelayakan yang diterima oleh Syarikat dan yang dapat mengesahkan bahawa kaedah rawatan sesuai dengan keadaan klinikal telah dipatuhi sepanjang tempoh sindrom itu dialami. Faedah tidak akan dibayar bagi sindrom nefrotik yang berpunca daripada penyakit lain yang juga menimbulkan tuntutan.

* Nota adalah sama untuk pelan MAA ASSURANCE & MAA TAKAFUL

Rider ni sesuai diletakkan bersama pelan simpanan pendidikan MAA Takaful. Simpanan pendidikan ni elok mula sejak anak masih bayi lagi, baru besar dari segi return. Kalau anak umur dah 12 tahun baru nak mula, tak banyak manala dapat.
 
Image817.jpg


Polisi MAA Takaful dengan warna keemasan.
 
yup talasemia nih penyakit keturunan..start dalam perut dia da ada..tapi kalo x amik medik kad masih boleh apply tak?
 
Tahniah. Dah lepas le contest ke Disneyland?..:D

terima kasih bro. dah lepas le contest tersebut :) alhamdulillah, pada masa sama lepas 2 tiket ke london hikhikhik....

rezeki2....

sorry ar lambat balas... baru kelik dari perth......

haris

p/s : aku ni kerja consultant MAA ke, keje sebagai tourist guide :D :D :D


Perth_skyline_at_night.jpg
 
MAA Takaful menang anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang untuk 2 tahun berturut-turut menerusi MAA Takafulink. Tahniah MAA Takaful!
 
Malam ni di Hotel Nikko - MAA Takafulink akan menerima anugerah 'THE MOST DYNAMIC PRODUCT' @ KLIFF.

ONLY THE BEST WIN TWICE !!!


BRAVO MAA TAKAFULINK
BRAVO MAA TAKAFUL
BRAVO TO ALL CONSULTANT.

WE ARE THE BEST, WILL BE ALWAYS THE BEST !!!
 
Malam ni di Hotel Nikko - MAA Takafulink akan menerima anugerah 'THE MOST DYNAMIC PRODUCT' @ KLIFF.

ONLY THE BEST WIN TWICE !!!


BRAVO MAA TAKAFULINK
BRAVO MAA TAKAFUL
BRAVO TO ALL CONSULTANT.

WE ARE THE BEST, WILL BE ALWAYS THE BEST !!!

Bangga jadi konsultan MAA Takaful ni :D
 
MAA-Takafulink-KLIFF-20101.jpg


MAA Takaful sekali lagi telah merangkul anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang menerusi produk MAA Takafulink sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2010 (KLIFF). Ini bermakna MAA Takaful telah menerima anugerah ini dua tahun berturut-turut 2009 & 2010 dan tiada sebarang kesangsian lagi bahawa produk MAA Takaful adalah yang terbaik.

Kepada yang masih lagi tercari-cari produk takaful yang bersesuaian dengan anda, jangan ragu lagi, pilihlah MAA Takaful sebagai pengendali takaful pilihan anda dan juga keluarga.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register