BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lumut gempar sang bedal muncul

Yul-Minho

Legendary Member
gem
Messages
15,946
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,946
Reaction score
1,172
Points
201
79c208bf-519c-4b53-b895-e8f64496dabc_1505135272.jpg

FOTO ihsan pembaca.

Penduduk sekitar daerah Lumut, gempar susulan tular menunjukkan gambar seekor buaya di laut berhampiran sebuah pelabuhan hingga timbul dakwaan haiwan itu dikatakan menghala ke pantai perkelahan awam di Teluk Batik dekat sini.

Mesej yang tular di aplikasi whatsapp itu turut mendakwa buaya berkenaan masih belum berjaya ditangkap dan mengingatkan supaya orang awam lebih berhati-hati jika berhasrat mandi di situ.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Assrul berkata, dia menerima mesej berhubung dakwaan itu sejak pagi ini namun percaya ia berkemungkinan tidak benar.

"Saya percaya tular itu bukan di daerah ini kerana kawasan pelabuhan seperti di dalam gambar itu tidak seperti yang ada di kawasan berkenaan.

"Ini kerana saya bekerja di salah sebuah pelabuhan berhampiran di lokasi yang didakwa, malah agak sukar untuk mempercayai dakwaan itu kerana sukar menemui buaya di tengah laut dan gambar tular itu juga seolah-olah di sunting," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun dia berharap dakwaan itu seperti sangkaannya dan jika benar berlaku pihak berkaitan perlu dimaklumkan supaya ada tindakan dapat diambil untuk keselamatan orang awam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima aduan berhubung dakwaan itu dan ia bukan di Teluk Batik.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/262437/lumut-gempar-sang-bedal-muncul
 
Laut yang tenang jangan sangka tiada buaya.

Tetapi kaki viral palsu ni lagi bahaya daripada buaya.
 
cilegon dekat lumut rupanya.
wartawan metroseks terbaik di angkasaraya.

Wartawan akhbar sekarang mana ada integriti.

Main lapor sahaja tanpa buat pengesahan berita.

Lainlah macam kami wartawan tanpa gaji CG. :))
 
Alah kecik je..

Dulu kecik2 pegi zoo negara rase mcm da besar dah buaya tu..

Tapi bile dok miri, pegi ladang buaya(farm ea, bukan zoo) baru aku tau, ape itu besar..
 
Back
Top
Log in Register