ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
SME Corp Malaysia
BAGI memastikan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera sentiasa berdaya saing dalam perniagaan, SME Corp Malaysia telah meluluskan sebanyak RM48.13 juta geran serta RM115.55 juta pinjaman mudah kepada usahawan dan PKS di Perak yang mengusahakan pelbagai bidang perniagaan.
Daripada jumlah tersebut, peruntukan dalam bentuk geran yang tertinggi disalurkan bagi penambahbaikan produk dan proses (RM12.59 juta) diikuti pensijilan dan sistem pengurusan kualiti (RM7.97 juta), Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) sebanyak RM5.41 juta, pembangunan pasaran (RM5.06 juta) serta skim bantuan kewangan untuk PKS dalam sektor perkhidmatan (RM4.5 juta), manakala bakinya disalurkan untuk bidang-bidang lain seperti peningkatan pembungkusan produk, memulakan peniagaan serta pembangunan dan promosi produk halal.
Bilangan PKS berdaftar di Perak sahaja ketika ini berjumlah 60,028 atau 9.3 peratus dan jumlah itu keempat tertinggi selepas Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor. Secara keseluruhannya, Perak mencatat sumbangan 5.3 peratus terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2013.
Selain itu, di atas inisiatif SME Corp Malaysia turut menganjurkan Bengkel Pembungkusan dan Penjenamaan untuk PKS Perak 2015 bagi memajukan jenama PKS supaya mampu bersaing dengan produk jenama lain di pasaran global.
Bengkel yang berlangsung di Kampar Perak ini dihadiri 150 usahawan PKS, disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.
Bengkel ini bertujuan memberi kesedaran kepada PKS berkenaan kepentingan pembungkusan serta penjenamaan inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran global.
Acara yang berlangsung selama sehari itu merangkumi seminar dan bengkel yang memfokuskan kepada kepentingan jenama dan trend teknologi pembungkusan.
Disampaikan oleh penceramah berpengalaman dari Sirim Berhad, topik disampaikan berkaitan kepentingan penjenamaan inovatif, pembungkusan dan rekabentuk kreatif serta kesannya terhadap syarikat.
Selain itu, wakil dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) turut hadir menyampaikan ceramah iaitu jenama sesuatu produk atau perkhidmatan.
Para peserta berpeluang mendapatkan maklumat berkenaan Skim Bantuan Geran dan Insentif yang diperkenalkan SME Corp Malaysia melalui program-program seperti Business Accelerator Programme (BAP), Enrichment & Enhancement Programme (E2) serta BEEP.