feer6452
Super Active Member
- Messages
- 8,855
- Joined
- Apr 23, 2011
- Messages
- 8,855
- Reaction score
- 26
- Points
- 70
KOTA BHARU - Sebanyak sembilan projek pembangunan pangsapuri mewah dan kondominium diluluskan kerajaan negeri dalam tempoh hampir dua tahun yang melibatkan kos bernilai lebih RM4 bilion.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, ia melibatkan empat projek di Tunjong, masing-masing dua di Lembah Sireh dan Telipot selain satu di Pantai Cahaya Bulan.
“Selain itu, kerajaan negeri turut meluluskan sebuah projek pembinaan pangsapuri mewah di Panji, yang dikhaskan untuk kakitangan Hospital Universiti Sains Malaysia,” katanya selepas Mesyuarat Exco, semalam.
Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata, bagi memastikan tidak ada pembinaan kediaman mewah yang berlebihan di negeri ini, pihaknya akan meneliti aspek keperluan projek berkenaan sebelum meluluskannya.
“Kita akan syaratkan pemaju menyatakan keperluan projek pembangunan tersebut bagi memastikan tidak berlaku lebihan,” katanya.
Sementara itu, Abdul Fattah berkata, kira-kira 50 peniaga emas dan tukang jahit di Pasar Lambak Arked Uda akan dipindahkan ke Pasar Siti Khadijah yang dijadualkan Januari depan.
“Manakala 17 peniaga pakaian yang masih berada di pasar berkenaan akan diberi lokasi baru yang kini masih dalam pertimbangan bagi mengelak timbulnya konflik dengan peniaga pakaian di Pasar Siti Khadijah.
“Uda Holding dalam komitmen yang diberikan kepada saya berjanji memberikan insentif kepada peniaga- peniaga sebagai bekalan untuk mereka berpindah hujung bulan ini,” katanya.
