BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Lucky Bamboo" Kekal Pilihan Utama Sempena Tahun Baharu Cina

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146
9915e4d1ca8e979dbddbf3623ad4dd196991477581c77

64375a0530d039fe4ac4c26c9f7553a9699147bd828a1

0d46e292545502cc87c054e6cf76345c6991480aec233

Tahun Baharu China tidak lengkap tanpa pokok hiasan terutamanya pokok segar termasuk 'lucky bamboo' atau nama saintifiknya 'Dracaena Sanderiana' adalah salah satu tumbuhan yang popular dalam kalangan masyarakat Cina dipercayai melambangkan tuah dan kemakmuran, selain menyuntik suasana ceria serta semangat baharu di dalam rumah.

Tahun Baharu China tidak lengkap tanpa pokok hiasan terutamanya pokok segar termasuk lucky bamboo' yang melambangkan tuah dan kemakmuran, selain menyuntik suasana ceria serta semangat baharu di dalam rumah.

Bagi masyarakat Tionghoa elemen pokok ini bukan sekadar hiasan fizikal tetapi simbolik untuk 'menghidupkan' sambutan perayaan.

Pemilik Wee Garden Wee Pock Soon, 65, berkata pokok lucky bamboo atau nama saintifiknya Dracaena Sanderiana ialah satu daripada tumbuhan popular dalam kalangan masyarakat Cina.

"Hal ini kerana mengikut amalan kepercayaan Feng Shui pokok lucky bamboo ini boleh membawa tuah, kuasa positif serta keberuntungan kepada pemiliknya.

"Pada sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, permintaan terhadap lucky bamboo agak tinggi dengan lebih 90 peratus tanaman hiasan itu sudah terjual sejak dua minggu lepas," katanya ketika ditemui Bernama di premis perniagaannya baru-baru ini.

Wee yang mewarisi perniagaan daripada bapanya lebih 30 tahun lepas berkata setiap tahun pelanggan tetap akan membuat tempahan awal kerana tanaman ini lebih mudah dijaga, tahan lama dan menyuntik suasana segar pada ruang kediaman.

"Walaupun dijual pada harga agak tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit, pelanggan sanggup mengeluarkan duit untuk mendapatkannya.

"Malah, rekaan hiasan lucky bamboo dalam pelbagai variasi turut menambah tarikan pelanggan memilikinya," katanya.

Beliau berkata pokok hiasan ini diimport dari China, Indonesia serta Thailand dan dijual bermula harga RM25 hingga ribuan ringgit bergantung kepada saiz dan bentuknya.

 
Back
Top
Log in Register