BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Luahan kasih kepada warga emas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



SEREMBAN 20 Ogos - Kemeriahan menyambut Syawal tahun ini amat dirasai oleh 11 warga tua yang mendiami Rumah Ibuku Sayang Ar Rayyan di Taman Panchor Jaya, dekat sini baru-baru ini.

Inisiatif itu hasil kerjasama Projek Pelajar Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Food not Bombs Negeri Sembilan (FnBNS) yang menganjurkan Program Amal Menyambut Syawal Bersama Warga Tua.

Seramai 20 orang pelajar UIA serta 45 orang sukarelawan FnBNS telah mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Presiden Projek Pelajar Pusat Asasi UIA, Nurul Azreen Che Yan berkata, program itu diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai budaya hidup bermasyarakat.

“Sensitiviti generasi Y terhadap masyarakat kini dilihat semakin kurang sehingga mengabaikan ibu bapa yang mendidik kita sejak lahir.

“Oleh yang demikian, kami terpanggil untuk mewujudkan satu projek membantu warga emas yang jarang dititik beratkan oleh golongan muda,” katanya.

Menurutnya, layanan yang diberikan kepada 11 orang warga emas itu disifatkan amat istimewa terutamanya semasa menyambut hari raya.

“Kami berbual mesra seperti keluarga sendiri, menyuapkan mereka makanan, bersama-sama memotong kek dan turut memberikan cenderamata kepada mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nurul Azreen menasihatkan golongan muda agar sentiasa memikir dan menjaga nama baik keluarga sebelum melakukan sesuatu perkara kerana restu ibu bapa itu amat penting di dunia dan di akhirat.

Sementara itu, Timbalan Presiden FnBNS, Fariz Shaharuzaman berkata, ini adalah program ke-10 yang telah diadakan di negeri ini.

“Pada dasarnya, FnBNS ditubuhkan adalah untuk membantu gelandangan namun diperluaskan untuk golongan yang memerlukan seperti anak yatim asnaf, warga emas yang kurang upaya, asnaf mualaf dan masyarakat yang ditimpa bencana.

“Kami akan memberi bantuan mengikut apa yang diperlukan. Seperti di sini, kami akan menyediakan perkakas beribadah secara berterusan setiap minggu. Kami tidak akan berhenti membantu mereka,” jelasnya.

Malahan, katanya, FnBNS turut mengumpul sukarelawan melalui program-program yang menjurus kepada anak muda demi memberi kebaikan kepada mereka.

“Sehingga kini, kami mempunyai seramai 120 orang ahli walaupun baharu ditubuhkan awal Julai lalu.

“Kami akan cuba fahami minat golongan muda dengan melakukan aktiviti yang melibatkan mereka seperti bina badan, berbasikal, memasak dan sebagainya,” katanya.

Kata Fariz, bagi mereka yang ingin turut serta sebagai sukarelawan boleh melayari laman sesawang Facebook Food not Bombs - Negeri Sembilan.
 
Back
Top
Log in Register