BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Luahan hati Amylea selepas ditinggalkan?

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

WhatsApp_Image_2022-03-02_at_18.57.42_1646224136.jpg
Lagu Melepaskanmu yang juga runut bunyi drama Khilaf Asmara menjadi karya terakhir sebelumnya berehat menghasilkan lagu bergenre balada. - Foto IG Amylea Azizan​





KUALA LUMPUR: Penyanyi Amylea Azizan selayaknya digelar Ratu Runut Bunyi apabila silih berganti lagu yang didendangkan menjadi pilihan drama tempatan.

Jika tahun lalu, lagu Kendati menghiasi drama fenomena, Takdir Yang Tertulis arahan Shahrulezad Mohameddin untuk TV3, Amylea sekali lagi menjadi pilihan produksi Radius One apabila lagu terbaharu, Melepaskanmu menjadi lagu runut bunyi drama Khilaf Asmara untuk siaran Ramadan.

Bagi penyanyi dan komposer itu, dia tidak kisah terus terikat dengan produksi Radius One.

"Jujurnya, saya selesa bekerjasama dengan produksi Radius One. Ini kerana semuanya dipantau dengan teliti sama ada daripada aspek bunyi, visual dan penulisan skrip.

"Sebelum melakukan rakaman, saya dan produksi sudah berbincang selama berbulan-bulan. Ia tentunya membuatkan saya rasa dihargai apabila diberikan kepercayaan.

"Saya pula jenis suka cabaran baharu dalam menghasilkan karya untuk drama. Lagi pula, saya sudah mula menghasilkan lagu sejak 2007 lagi.

"Saya bukan komposer dan penyanyi baharu. Diam tak diam, sudah 18 tahun saya bergelumang dalam industri muzik. Jadi sudah tentu saya ingin pergi lebih jauh," katanya kepada BH Online.
 
WhatsApp_Image_2022-03-02_at_18.57.52_1646224134.jpg

Amylea selesa bekerjasama dengan produksi Radius One yang disifatkan teliti sama ada aspek bunyi, visual dan penulisan skrip. - Foto IG Amylea Azizan




Berkongsi single ciptaan sepenuhnya itu, Amylea berkata, lagu Melepaskanmu sepatutnya dilancarkan pada Mac, tahun lalu.

"Saya merancang mengeluarkan lagu Melepaskanmu, tahun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah industri kreatif mula dibenarkan beroperasi semula.

"Saya menghasilkan lagu dan rakaman lagu, tahun lalu. Jadi, lagu Melepaskanmu ini boleh dikatakan imbas semula mengenai perasaan saya, tahun lalu.

"Namun, saya juga sudah menyediakan lagu lain yang berbeza rentak dan cita rasa. Saya mohon maaf yang perlu menunggu masa terlalu lama. Banyak sangat dugaan hingga tidak boleh fokus mengeluarkan lagu baharu," katanya.

Dalam masa sama, Amylea berkata, lagu Melepaskanmu menjadi karya terakhir sebelum dirinya berehat menghasilkan lagu berentak balada.

"Lagu Melepaskanmu berentak balada ditulis sama dengan jalan cerita drama ini. Saya mahu berehat daripada menghasilkan karya bergenre balada.

"Bukan tak mahu buat genre muzik lain, tetapi perlu ikut kesesuaian drama. Jadi, lagu ini masih berentak balada dan saya harap pendengar boleh menerimanya," katanya.

Amylea berkata, lagu Melepaskanmu mengetengahkan kekuatan selepas ditinggalkan dan melepaskan insan tersayang.

"Saya tahu pasti ada yang menganggap kisah peribadi saya. Ada kala cerita dugaan hidup lebih kurang sama, cuma perincian sahaja berbeza.

"Jadi, cerita dalam drama ini juga refleksi kisah yang terjadi dalam kalangan masyarakat.

"Jika ada yang menganggap ia kisah peribadi saya, itu hanyalah kebetulan. Sebagai penulis, saya kena tulis lirik selari dengan jalan cerita bagi meninggalkan kesan di hati penonton," katanya yang turut membintangi drama Dendam Seorang Isteri arahan Uchee Fukada dan Nizam Zakaria untuk siaran Astro Prima.
 
Back
Top
Log in Register