BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Luahan hati abg ake

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,133
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
34,133
Reaction score
6,690
Points
486
So mcm ni la relationship antara aku n budak2 opis aku
Ade masa aku rasa disisihkan
Padahal aku ok je dgn semua org
Cuma ada part aku rasa terkilan mcm tadi
Bukan tadi je bulan lepas pun ade sekali aku terasa

Aku xpasti ape silapnya
Adakah muka aku mcm tayar keretapi?
Atau adakah pangkat aku tinggi(manager)?
Atau adakah aku ni dah tua dari mereka 40tahun?

Mcm tadi ade la budak opis aku punya birthday,
Meriah la diorg sambut
Aku pun menyusahkan diri jugak keluarkan duit beli makanan
Yg terkilannya, org yg xpenah pun sambut Birthday aku dulu, boleh belanja mamat tu
Selama ni aku rajin je belanja diorg tapi diorg xpenah pun nak surprise aku mcm tu.

Sblm ni terkilan dgn sorg tu
Weekend tu sehari aku tolong diorg ‘renovate’ rumah
Pasangkan wall arm untuk tv, drill untuk kabinet semua
Tapi lepas tu diorg masak makanan, xde pun jemput aku mkn
Aku tau pun sbb anak buah aku tanye xp makan ke si polan bawak, kalau tak aku mmg xtau langsung

Ye bila pikir balik, mmg xpenah pun dijemput
Susah untuk dijemput

Bab makanan pun, aku siap spent hampir rm400 sebulan beli snack untuk budak2 opis mkn, minuman siap ada mini fridge
Tapi tu la bile diorg ade bende2, sikit pun xde nak bagi aku rasa

Mcm Birthday member aku ni, mmg mkn free, dapat gift
Masa aku punya, aku yg beli kek dan snack untuk diorg mkn

Ada masa rasa nak menjauhkan diri
Dan skrg pun rasa nak menjauh
P hiking pun dah xde nak ajak org
Baik sorg2 layan perasaan

Kalau la aku ditakdirkan esok mati, adekah diorg akan terasa?

Sekian luahan hati n selamat malam
 
tn akecema, saya yakin takde salah silap apa pun dengan tuan
saya went thru all your contents ni, tuan bos yg baik dan cakna pada staff tuan
sampaikan tolong diorang renovate rumah, tu mmg kebaikan yg besar

yg silap dan salah mungkin pada staff tuan yg tak pandai sesuaikan dgn tuan
diorang asyik menerima sebab tuan suka memberi
akibatnya diorang dah rasa kalis

gini, tuan tak perlu dah berlebih lebih dlm berbelanja utk staff atau ofis
cukup sekadarnya
sebab kalau tuan buat secara berlebihan
dan jika akhirnya diorang tak hargai tuan akan kecewa

melainkan tuan mmg betul betul nak buat tu, dan datanglah apa benda sekalipun tuan tak peduli
tuan nak buat juga, jadi go ahead
perasaan kecik hati, terkilan dan sebagainya takde timbul pun
kalau mcm ni, takpa kalau tuan nak buat secara berlebihan

tuan tak perlu spend atau berbelanja lebih utk staff atau ofis sebenarnya
buat sekadarnya sahaja
kalau tak buat pun takpa
jangan tuan rasa bersalah pulak
sebab in the end diorang tak hargai

jadi kalau diorang nak sesuatu kat ofis, diorang pulak yg keluarkan duit belanja

pastu yg birthday staff pun sama, tuan tak perlu rasa bertanggungjawab lak nak belanja diorang
yg mana jika diorang tak hargai, tuan pula rasa terkilan
jangan tuan rasa 'perlu' utk buat ni

Ada masa rasa nak menjauhkan diri
Dan skrg pun rasa nak menjauh

saya rasa ada baiknya tuan jarakkan dengan diorang
bezakan hubungan kawan as vs hubungan staff-boss
diorang mungkin masih berpegang tuan ni boss diorang jadi diorang tak rasa perlu balas balik

sebaliknya tuan pulak anggap diorang lebih dari hubungan bos-staff
tuan anggap diorang mcm kawan
namun diorang tak rasa mcm tu
diorang tak rasa tuan ni dlm kelompok kawan mereka
P hiking pun dah xde nak ajak org
Baik sorg2 layan perasaan
baik gitu dulu buat masa ni
atau ajak famili je ikut sekali
cukup dulu dengan diorang

Kalau la aku ditakdirkan esok mati, adekah diorg akan terasa?

tuan insya Allah ok, dlm limpahan rahmat Allah
tak perlu fikir samada diorang akan terasa atau tak
biarkan diorang tu

dan tuan pulak tak perlu dah nak berlebihan dengan diorang
enough is enough

sori saya tak berapa pandai tulis nasihat sangat
nak susun ayat tak berapa pandai sangat pasal nasihat mengenai hubungan ni
saya harap ni membantu walau sikit
kalau tak membantu, tuan cuma layan baca je :D

tuan perlu dismiss soalan seperti ni
jangan layan sangat pasal diorang tu

Sekian luahan hati n selamat malam
 
takde masalah nak keluarkan duit untuk berbelanja dgn staff....

tapi nawaitu mesti jelas ( belanja tanpa mengharap balasan)( niatlah kerana Allah) agar tidak timbul perasaan ketidakpuashati tuan akan sesuatu perkara.
ikhlas tu mmg aku ikhlas
dan ade masa ade gak jadi xikhlas, tapi aku cuba jugak mengikhlaskan
aku beli or belanja diorg nak diorg happy

dan aku beli pun snack yg org makan, mcm kitkat, snickers dan coke n lain2
xde beli snack murah unless ade permintaan

tak ikhlas tu datang bile kejadian mcm smlm la
tetiba aku rasa org lain lebih dihargai
1686790857769.png

1686790876777.png
 
basic dia mmg kene ikhlas je.. kompom takde teras ati doh.. kita hidup nak harapkan balasan Allah diakhirat kelak..

setakat org tak sambut besday kita, tak ajak makan skali, apa la sangat jang oii .. kicik punya hal tu
 
tn akecema, saya yakin takde salah silap apa pun dengan tuan
saya went thru all your contents ni, tuan bos yg baik dan cakna pada staff tuan
sampaikan tolong diorang renovate rumah, tu mmg kebaikan yg besar

yg silap dan salah mungkin pada staff tuan yg tak pandai sesuaikan dgn tuan
diorang asyik menerima sebab tuan suka memberi
akibatnya diorang dah rasa kalis
mungkin dah rasa kalis tu agak betul
sometime diorg keluar sbb nak saya belanja
dan saya pun xde masalah sbnarnye

gini, tuan tak perlu dah berlebih lebih dlm berbelanja utk staff atau ofis
cukup sekadarnya
sebab kalau tuan buat secara berlebihan
dan jika akhirnya diorang tak hargai tuan akan kecewa

melainkan tuan mmg betul betul nak buat tu, dan datanglah apa benda sekalipun tuan tak peduli
tuan nak buat juga, jadi go ahead
perasaan kecik hati, terkilan dan sebagainya takde timbul pun
kalau mcm ni, takpa kalau tuan nak buat secara berlebihan
kat opis ni xmcm opis2 lain mungkin
pantry pun ade kluster bos dan kluster staff
mcm staff xboleh ambik nescafe gold, sbb tu untuk bos

so kekadang kesian pada diorg
minum teh je
saya belikan lain2 3in1 coffee, milo so diorg ade la pilihan
dan belikan juga snack sbb ade masa staff mencari snack

tuan tak perlu spend atau berbelanja lebih utk staff atau ofis sebenarnya
buat sekadarnya sahaja
kalau tak buat pun takpa
jangan tuan rasa bersalah pulak
sebab in the end diorang tak hargai

jadi kalau diorang nak sesuatu kat ofis, diorang pulak yg keluarkan duit belanja

pastu yg birthday staff pun sama, tuan tak perlu rasa bertanggungjawab lak nak belanja diorang
yg mana jika diorang tak hargai, tuan pula rasa terkilan
jangan tuan rasa 'perlu' utk buat ni
ikutkan ada masa rasa biase je
sbb mmg dah biase dari dulu xde pun sambut2 ni
cuma bilamana nampak org sebelah meja disambut, ade la terasa

saya rasa ada baiknya tuan jarakkan dengan diorang
bezakan hubungan kawan as vs hubungan staff-boss
diorang mungkin masih berpegang tuan ni boss diorang jadi diorang tak rasa perlu balas balik

sebaliknya tuan pulak anggap diorang lebih dari hubungan bos-staff
tuan anggap diorang mcm kawan
namun diorang tak rasa mcm tu
diorang tak rasa tuan ni dlm kelompok kawan mereka

baik gitu dulu buat masa ni
atau ajak famili je ikut sekali
cukup dulu dengan diorang
ada masa mmg nak menjarakkan
tapi kan hidup saya ni, rumah dan office
so 2 tempat ni je nak bersosial

dan saya ni pun suka join diorg main game or lepak2
tapi tu la
ada masa saya ajak lepak, sorg pun xnak ikut, dok la mamak sorg2
tapi bile org lain ajak, penuh meja

tapi ok la, selamat duit belanja diorg, huhuhu (dalam sedih)
tuan insya Allah ok, dlm limpahan rahmat Allah
tak perlu fikir samada diorang akan terasa atau tak
biarkan diorang tu

dan tuan pulak tak perlu dah nak berlebihan dengan diorang
enough is enough

sori saya tak berapa pandai tulis nasihat sangat
nak susun ayat tak berapa pandai sangat pasal nasihat mengenai hubungan ni
saya harap ni membantu walau sikit
kalau tak membantu, tuan cuma layan baca je :D

tuan perlu dismiss soalan seperti ni
jangan layan sangat pasal diorang tu
luahan hati ni jugak sbnarnya cara saya mengikhlaskan diri
bile luah kite boleh niat semula untuk ikhlaskan hati
 
basic dia mmg kene ikhlas je.. kompom takde teras ati doh.. kita hidup nak harapkan balasan Allah diakhirat kelak..

setakat org tak sambut besday kita, tak ajak makan skali, apa la sangat jang oii .. kicik punya hal tu

agak terasa bang
org sebelah dijemput, dan kemudian tanye aku," eh abg xtau ke? "
 
nak nasihat bro pun kawe tak reti...
kawe skrg nih pun ada sorg opismate
yg tak tau apa sebab.. x bercakap ngan kawe.. n jauhkan diri dr kawe...

tp sebab ada satu skill yg dah kawe develop dari dulu..
kalu istilah org kelate panggil...."ikuk mung lah"
atau ayat kasar skek.. mapuh mung laa... :ROFLMAO:
maka kawe tenang jaa hehe...

abam... kadang2 gerakan solo ni lagi mebahagiakan..
sebab semua atas diri sendiri... kalu tersilap pun..
maki diri sendiri ja hahaha

Moga dipermudahkan semua urusan abam
 
ini yg dikatakan staff take advantage. Cumanya bila jadi mcm ni, elok kena ada gap antara staf. antara staf2 tuan, ada tak yg tanya khabar kalau tuan sakit?

tuan provide mcm2 kt diorg. Semoga rezeki makin melimpah.
 
Back
Top
Log in Register