BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LTSIP Berpotensi Jadi Hab Serantau Strategik Termasuk Pasaran Selatan Thailand - Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80
847daf1840c8d74aeed32353a9e185cf69e30dfbca449

c768d1bd8fa549e85a0c57f8a8cd38dd69e30e2a8522c

Kredit: Laman Facebook Anwar Ibrahim

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) berpotensi diangkat sebagai hab serantau yang strategik termasuk bagi pasaran Selatan Thailand, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata melalui perancangan strategik yang tepat, pembukaan jaringan pengangkutan antarabangsa dari LTSIP ke bandar-bandar utama seperti Singapura, Jakarta (Indonesia) dan Bangkok (Thailand) bakal membawa limpahan manfaat ekonomi yang besar kepada Kelantan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan lebih terbuka dalam menyokong pembangunan infrastruktur pengangkutan sedemikian bukan sahaja memberi kelebihan kepada rakyat tempatan, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara menyeluruh.

"Selain daripada memenuhi keperluan rakyat yang memanfaatkan kemudahan ini, ia adalah satu keperluan untuk kita meningkatkan kegiatan ekonomi, perdagangan, dan pelancongan.

"Potensi yang ada pada Kelantan tidak mungkin terpinggir atau terabai jika kita memberikan sedikit perhatian dan tumpuan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian terminal baharu LTSIP di sini hari ini.

Anwar berkata langkah proaktif itu dijangka merancakkan lagi ekonomi tempatan, sekali gus meletakkan Kelantan di landasan tepat untuk terus maju seiring dengan arus pembangunan negara.

Beliau turut memuji kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan kelancaran serta kejayaan projek LTSIP yang bernilai RM440 juta.

Perdana Menteri menjelaskan projek berskala besar itu, yang menelan belanja hampir setengah bilion ringgit sekiranya mengambil kira kos pemanjangan landasan, tetap diteruskan atas faktor nilai strategiknya kepada negara meskipun berdepan kekangan ekonomi semasa ia diputuskan dilaksanakan.

Anwar berkata kerajaan sentiasa mengambil pendekatan realistik dalam merangka pembangunan negara dengan mengetepikan sebarang perbezaan pandangan sekiranya ia membawa manfaat kepada rakyat.

 
Back
Top
Log in Register