BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LRT tersangkut lebih 2 jam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.png


LRT tersebut dikatakan terperangkap akibat dua kabel elektrik yang terbakar.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Kira-kira 80 penumpang berdepan detik cemas apabila tiga tren stesen transit aliran ringan (LRT) yang dinaiki rosak dan tersangkut di landasan, di lokasi berasingan antara stesen Masjid Jamek menghala ke Gombak, di sini, semalam.

Tiga tren berhenti secara tiba-tiba, dikatakan berpunca dari dua kabel elektrik tren terbabit terbakar semasa perjalanan ke arah Gombak.

Pegawai Operasi Balai Bomba Keramat, Syed Noor Kamal Syed Hussein berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.04 petang itu mengerahkan enam anggota dan pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya yang tiba kira-kira 20 minit kemudian terpaksa menggunakan tangga untuk ke landasan tren sebelum menemui dua kabel elektrik sudah terbakar.

“Kita menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran pada kabel berkenaan. Anggota terlibat turut di tempatkan di tiga tren itu bagi memastikan keadaan terkawal.

“Jarak tiga tren itu yang tergendala itu dianggarkan sepanjang 20 meter antara satu sama lain. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Rapid Kuala Lumpur, Lim Jin Aun, berkata gangguan bekalan elektrik menjadi punca tiga tren itu tersangkut di landasan menyebabkan penumpang terperangkap lebih dua jam.

Katanya, sebuah tren yang membawa kira-kira 20 penumpang dikeluarkan dengan menggunakan pintu kecemasan sebelum diarahkan berjalan ke laluan yang selamat untuk ke stesen berhampiran.

“Sebuah tren lagi yang membawa kira-kira 60 penumpang dibawa secara manual sebelum diberhentikan dengan selamat ke stesen seterusnya di Sri Rampai. Bagaimanapun, sebuah lagi tren itu tanpa penumpang.

“Lima bas disediakan di perhentian bas KLCC untuk mengambil penumpang yang terkandas dan dibawa ke lokasi yang ingin dituju,” katanya.
Beliau berkata, keadaan dapat dikawal sepenuhnya dan ketiga-tiga tren itu kembali beroperasi semula kira-kira jam 4 petang.
 
nasib xmenyondol sesama die
 
patut ler aku nk balik ofis dr masjid negara ke kl sentral takleh semalam lpas smyg jumaat..nasib ada KTMB..klau tak,half day ler aku.
 
oo ni la rupanya aku tunggu customer nak diskas projek xsampai2. sib baik la tunggu kat burger king kl sentral. perut pun kenyang. mata pun segar dpt tgk awek xcukup kain duk lalu lalang. so, xdela marah sgt dia xdtg
 
Aku sangkut Kat pasar seni sbb ni rupanya..

Last2 turun naik teksi..

Hammpeh tul..
 
Aku sangkut Kat pasar seni sbb ni rupanya..

Last2 turun naik teksi..

Hammpeh tul..

OOooooo...aku dpt ramai customer hari ni sbb ini rupenye...(kata si pemandu teksi) smbil mengire2 keuntungan yg diperolehi triple hari ini :D
 
takutnya jd cmnie..dh la selalu naik lrt..
 
Maaf la bukan nk kutuk..
Namun sepnjg panjg di singapore... Xpna pun mrt poblem >2times/3yrs
 
Back
Top
Log in Register