BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Low Thia Khiang dedah sokongan kepada Pritam Singh jelang sidang khas kader WP

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Low Thia Khiang dedah sokongan kepada Pritam Singh jelang sidang khas kader WP​

screenshot_2026-06-28_133343.jpg

Mantan Setiausaha Agung WP Low Thia Khiang tiba bagi sidang khas kader pada 28 Jun 2026. (Gambar: CNA/Mak Jia Kee)

SINGAPURA: Mantan Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang menyatakan beliau akan memberi sokongan kepada Setiausaha Agung semasa WP Pritam Singh di satu persidangan khas kader pada Ahad (28 Jun).

Encik Low tiba di lokasi tidak lama sebelum mesyuarat itu bermula pada 12 tengah hari.

IKLAN

Apabila ditanya dalam Bahasa Mandarin sama ada beliau masih menyokong Encik Pritam, beliau katakan ya.

Apabila ditanya jika beliau akan bertanding dalam pilihan raya jawatankuasa eksekutif pusat parti itu, beliau mengatakan bahawa beliau tidak tahu.

Encik Low berkhidmat sebagai setiausaha agung antara 2001 hingga 2018 dan terus menganggotai CEC.

Encik Pritam mengambil alih sebagai setiausaha agung pada 2018 dan dilantik semula tanpa berdepan sebarang pesaing dalam pilihan raya dwitahunan WP pada 2020, 2022 dan 2024.

Sidang khas itu diadakan menyusuli permohonan daripada 25 ahli kader pada hujung tahun lalu - kira-kira suku daripada keseluruhan jumlah kader WP yang dilaporkan.

IKLAN

Persidangan itu mempunyai agenda tiga bahagian - untuk Encik Pritam memberikan penjelasan kepada kader mengenai sabitannya atas tuduhan berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen; untuk kader menggesa beliau meletak jawatan sebagai setiausaha agung kerana melanggar Perkara 30 perlembagaan parti, yang menghendaki ahli "jujur dan ikhlas dalam semua urusan beliau dengan parti dan rakyat Singapura"; dan bagi undi rahsia diadakan jika beliau tidak berbuat demikian.

Pada awal Ahad, para Anggota Parlimen WP termasuk Gerald Giam, Dennis Tan dan Sylvia Lim dilihat tiba bagi persidangan itu.

Ada yang menyapa pihak media tetapi enggan menjawab soalan.

Cik Lim berkata "kita akan bercakap kemudian", apabila diminta memberi komen sebelum mesyuarat itu.

Dalam satu mesyuarat berasingan pada Ahad, ahli kader WP juga akan melantik setiausaha agung parti, pengerusi dan 12 anggota CEC, iaitu badan pembuat keputusan tertinggi parti.

 
Back
Top
Log in Register