BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli kader Parti Pekerja mohon diadakan mesyuarat khas susuli sabitan Pritam Singh

adi19

Fun Poster
Messages
768
Joined
Oct 30, 2013
Messages
768
Reaction score
3
Points
25
whatsapp_image_2025-12-13_at_1.11.03_pm.jpeg

Ketua Pembangkang Pritam Singh tiba di Mahkamah Tinggi pada 4 Disember 2025. (Gambar: CNA/Wallace Woon)

SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) berkata pada Ahad (28 Dis) sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp bahawa anggota kader parti tersebut memohon supaya satu sidang khas diadakan dan badan pembuat keputusan tertinggi di Parti Pekerja - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) - akan "menguruskan permintaan tersebut".

Kenyataan WP dibuat selepas sabitan Setiausaha Agung WP, Pritam Singh kerana berbohong kepada jawatankuasa parlimen, dengan perkara itu dijadual dibincangkan di Parlimen pada 12 Januari tahun depan.
BACA:
Parlimen perlu bincang 'tindak balas wajar' terhadap sabitan Pritam Singh kerana berbohong: Indranee
Parlimen dijangka bahas usul mengenai tingkah laku pemimpin WP: Penganalisis
Mediacorp difahamkan lebih 20 ahli kader menandatangani surat yang menggesa agar persidangan khas diadakan pada Februari, dan jawatan Encik Pritam sebagai ketua parti mungkin antara topik yang akan dibincangkan.

IKLAN

Dalam satu kenyataan di Facebook, WP menyatakan: "Parti Pekerja mengesahkan bahawa permohonan dibuat supaya diadakan Sidang Khas Ahli Kader dan pengerusi parti, Sylvia Lim mengakui menerima permintaan ini kepada ahli kader berkenaan.”

Seperti tertera dalam Perlembagaan parti, pengerusi parti, CEC atau 10 peratus daripada keahlian kader atau sekurang-kurangnya 20 ahli kader - mana-mana lebih tinggi - boleh pada bila-bila masa memohon supaya diadakan Sidang Khas Ahli Kader atas tujuan tertentu yang perlu dinyatakan.

Justeru, jumlah tanda tangan dalam surat itu memenuhi julat yang ditetapkan dalam perlembagaan parti.

Ia sebelum ini dilaporkan bahawa WP mempunyai kira-kira 100 ahli kader - iaitu anggota parti yang mempunyai hak mengundi.

"Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Pekerja akan meneruskan dengan permintaan tersebut selaras dengan Perlembagaan Parti," menurut WP.

IKLAN

Secara berasingan, CEC dijadual mengadakan mesyuaratnya sendiri pada 2 Januari tahun depan, menurut maklumat yang diperolehi Mediacorp daripada sumber dalaman parti tersebut.

CEC biasanya bersidang pada setiap hari Selasa pertama setiap bulan di ibu pejabat parti tersebut di Geylang, justeru mesyuarat itu dianggap sebagai di luar jadual biasa.

Anggota WP dan ahli kader yang bercakap dengan Mediacorp enggan dikenal pasti kerana perlembagaan parti juga melarang mereka daripada bercakap kepada media tanpa kebenaran.

PROSES DISIPLIN PARTI

Bekas ahli kader memberitahu Mediacorp bahawa isu sepenting itu tentu sekali memerlukan persidangan melibatkan CEC WP.

IKLAN

Apa yang berkemungkinan berlaku adalah sama ada pengerusi parti, Sylvia Lim - atau jumlah anggota CEC secukupnya - akan mengadakan mesyuarat luar biasa untuk membincangkan kes Encik Pritam.

Ini apa yang berlaku dalam kes bekas AP Leon Perera, kata salah seorang bekas ahli kader.

Walaupun kenyataan parti baru-baru ini merujuk kepada proses dalaman yang sudah dimulakan, ia mungkin dilaksanakan dalam beberapa bentuk.

Ia mungkin berupa perbicangan ringkas dalam CEC Parti Pekerja dengan undian sokong atau tolak diadakan, sama seperti yang berlaku dalam kes Encik Leon Perera dan Cik Nicole Seah, kata bekas ahli kader tersebut.

Satu lagi kemungkinan adalah pembentukan sebuah jawantakuasa disiplin atau sesuatu serupa dengannya, seperti yang dilakukan dalam kes Cik Raeesah Khan.

IKLAN

Pendekatan itu mengambil kira maklum balas daripada anggota dan mmebolehkan pendekatan yang lebih panjang, berhati-hati dan teliti, menurut bekas ahli kader itu.

Prosedur disiplin dalaman parti itu ditetapkan oleh pendahulu Encik Pritam, Low Thia Khiang bagi menegaskan prinsip bahawa CEC adalah pihak berkuasa tertinggi dalam parti itu, menurut bekas ahli kader tersebut.

 
Back
Top
Log in Register