ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
MOHD. ALI RUSTAM (dua dari kanan) diiringi Abdul Rahin Mohd. Saad (kanan) beramah mesra dengan penerima Selempang Pendekar Warisan Mulia di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam. UTUSAN/SHAIFUDDIN MOHD. NOR
KUALA TERENGGANU 29 Mei - Akademi Silat Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) yang baharu ditubuhkan, dijangka beroperasi hujung tahun ini dalam usaha memartabatkan prestasi silat negara, sekali gus melahirkan lebih ramai jurulatih berwibawa dan atlet yang cemerlang.
Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata, penubuhan akademi itu bertujuan membangunkan sukatan sistem pembelajaran silat yang lebih tersusun demi memastikan seni mempertahankan diri berkenaan terus unggul sebagai warisan dan lambang jati diri Melayu sedunia.
Katanya, ketika ini, garis panduan berhubung sukatan silat itu masih di peringkat perincian sebelum boleh dilaksanakan tidak lama lagi.
“Cadangan penubuhan akademi ini sudah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang berlangsung di Melaka awal tahun ini.
“Kita mempunyai lebih 300 perguruan silat maka, penubuhan Akademi Silat Pesaka ini dilihat tepat pada masanya dalam mengiktiraf, sekali gus menyelaraskan bentuk sukatan serta sijil persilatan jurulatih dan pesilat yang menjalani latihan di gelanggang masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pesaka Persatuan Seni Silat Terengganu di sini hari ini.
Yang hadir sama Presiden Pesaka negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said.
Mohd. Ali berharap penubuhan akademi itu kelak mampu menjadi lambang pengukuhan serta perpaduan bangsa Melayu dan seterusnya institusi persilatan negara ini.
Dalam masa sama, beliau mahu melihat lebih banyak gelanggang silat dibuka di kampung mahupun sekolah dalam usaha menyuburkan silat ke peringkat akar umbi dan dalam kalangan golongan muda.
Selain itu, katanya, kini semakin banyak institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengiktiraf seni silat dengan memasukkan jumlah jam kredit ke dalam program kokurikulum.