BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Longlai kepala dalam baldi.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Alor Setar: “Hati saya sebak melihat bayi yang lemah longlai seperti tidak bernyawa didukung ibunya sambil wanita itu berdiri di muka pintu menjerit meminta bantuan,” kata Che Sham Hussin, 53, dari Bukit Payung, Pokok Sena, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Muhammad Adam Razin Abd Razak yang berusia setahun tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh ke dalam baldi berisi air dalam bilik air rumahnya.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika ibunya yang berusia 30-an, meninggalkannya bersama dua kakaknya berusia empat dan dua tahun di ruang tamu kerana mahu mengambil pakaian dalam kereta.

Tidak lama kemudian, wanita itu tergamam apabila mendapati anak bongsunya tidak sedarkan diri dengan kepala tersembam dalam baldi berisi air.

Panik dengan kejadian itu, dia mengangkat anaknya, namun badan mangsa sudah bertukar kebiru-biruan.

Menurut Che Sham, ketika kejadian dia berada di halaman rumahnya untuk mencari umpan memancing ikan apabila terdengar jeritan jirannya meminta tolong.

Katanya, dia yang terkejut dengan jeritan itu segera berlari ke arah rumah berkenaan dan melihat jirannya terbabit sedang mendukung anak bongsunya sambil meraung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

http://www.hmetro.com.my/node/5277


30hm10abd1.transformed.jpg
 
takziah dan al fatihah.

seeloknya sesiapa yg ada anak kecik kat umah tu jangan biarkan ada baldi berisi air sebab budak2 memang suka main air.
peringatan utk diri aku sendiri sebab aku pun ada anak kecik..
 
inna lillah. dah sampai janji dia dgn Allah.

Tapi ibu bapa kena alert. dh banyak kali kes bayi lemas dlm baldi. kecuaian sesaat sesal selamanya.
 
inna lillah..takziah buat buat keluarga mangsa..
 
takziah dan al fatihah.

seeloknya sesiapa yg ada anak kecik kat umah tu jangan biarkan ada baldi berisi air sebab budak2 memang suka main air.
peringatan utk diri aku sendiri sebab aku pun ada anak kecik..

anak dia meninggal ke?
 
Back
Top
Log in Register