BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Loke Tawar Diri Letak Jawatan Menteri Pengangkutan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141

Loke Tawar Diri Letak Jawatan Menteri Pengangkutan​

d457fa9f625323cd925b1a81a51a53c76919c85e7341d

Anthony Loke

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, sebagai respons parti itu terhadap isu bekas  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diberi pengampunan bersyarat untuk jalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Beliau berkata surat peletakan jawatan itu akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

“Keputusan ini dicapai selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung selama tiga jam bagi membincangkan perkembangan berkenaan.

“Saya mengemukakan cadangan ini kepada CEC dan kita membuat keputusan bahawa saya meletakkan jawatan sebagai reaksi parti terhadap apa yang telah berlaku,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini hari ini.

Beliau berkata peletakan jawatan tersebut hanya melibatkan dirinya selaku ahli Jemaah Menteri, manakala menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam kerajaan bagi memastikan kestabilan politik negara terus terjamin.

“Yang lain, walaupun mereka juga bersedia, sanggup melepaskan jawatan pada mana-mana waktu, pada apa-apa ketika, tetapi CEC telah membuat keputusan sementara waktu ini, mereka akan kekal berada dalam jawatan untuk memastikan kestabilan politik masih terjamin.

"Ini satu tindakan yang kita rasa bertanggungjawab, kerana kita tidak mahu apa-apa tindakan politik kita ini menyebabkan ketidakstabilan politik,” katanya.

Beliau berkata sekiranya pemimpin-pemimpin DAP yang lain melepaskan jawatan dalam Kabinet, hal itu berisiko menjejaskan kestabilan politik sekali gus meruntuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

"DAP amat menyedari permainan politik pihak-pihak tertentu dan harapan mereka untuk kita membuat satu keputusan bagi membolehkan mereka mencapai cita-cita politik mereka. Kita tidak memberi ruang kepada mereka dalam perkara ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register