BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Logo Halal RISDA Menyalahi Undang Undang

TokCu

Legendary Member
gem
Messages
11,155
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
542
Points
161
PETALING JAYA: Langkah Risda untuk mengeluarkan logo halal sendiri bagi produk yang dihasilkan oleh orang Islam adalah bertentangan dengan undang-undang, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata walaupun niat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah itu adalah baik, namun mereka sepatutnya mendapatkan kebenaran yang diperlukan daripada agensi yang berkaitan.

Kegagalan berbuat demikian melanggar Akta Perihal Dagangan 2011, yang melarang mana-mana pihak lain untuk mengeluarkan sijil pengiktirafan halal sendiri tanpa kelulusan daripada Jakim.

"Sekiranya pihak Institut Kerjasama Islam Malaysia (Ikiam) dan Risda berhasrat untuk terus mengeluarkan logo halal baharu kepada produk muslim keluaran usahawan pekebun kecil Risda, maka ianya adalah bercanggah dengan akta yang jelas menyatakan bahawa hanya Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri sahaja merupakan pihak berkuasa berwibawa di dalam mengeluarkan pengesahan halal.

"Perkara ini adalah penting bagi mengelakkan semua pihak termasuk individu atau syarikat agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sijil halal," katanya.

Dilaporkan bahawa Ikiam dengan kerjasama Risda akan melancarkan logo halal khusus untuk produk Islam tahun depan.

Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilaporkan berkata, logo yang akan dilancarkan itu nanti bertujuan mengesahkan produk itu keluaran usahawan Muslim selepas memperoleh sijil halal Jakim.
 
Tukar nama jadi hahahalal..nanti jakim x leh kacau

kalo dengan standard yg betul dan piawai yg sama..apa salah nya berkongsi keluarkan?
mungkin RISDA ada agensi dan cukup kakitangan utk memantau setiap sijil yg dikeluarkan dan ianya sudah tentu lebih bagus.
kan lebih baik bekerjasama dalam hal yg melibatkan agama seperti ini
 
standard pematuhan sijil halal ni tidak seketat mana pun
audit pematuhan setahun sekali
selebihnya dikawal oleh kakitangan syarikat berkenaan
di sini ada kelemahan

begitu juga dengan knowledge kakitangan audit
tidak ramai staff jakim yg tahun proses kimia atau pengeluaran sesuatu produk
audit dokumen sahaja
kecuali di audit bahagian makanan seperti hotel atau industri makanan secara langsung

RISDA adalah agensi yang tidak terlibak dengan pengeluaran makanan secara langsung
mungkin mereka fikir standard halal RISDA akan diperakukan oleh jakim

sijil hahal ni pun salah satu cabang pendapatan dalam KPI jakim
 
apa kena mengena RISDA dengan halal? RISDA jaga apa? patut fokus pada sektor sendiri..hari tu kecoh nak tanam ketum la..tetiba nak tanam itu ini..ni nak keluar logo halal sendiri pulak
 
logo halal ni tak selesaikan masalah...
bg den buat jer logo haram...senang
 
standard pematuhan sijil halal ni tidak seketat mana pun
audit pematuhan setahun sekali
selebihnya dikawal oleh kakitangan syarikat berkenaan
di sini ada kelemahan

begitu juga dengan knowledge kakitangan audit
tidak ramai staff jakim yg tahun proses kimia atau pengeluaran sesuatu produk
audit dokumen sahaja
kecuali di audit bahagian makanan seperti hotel atau industri makanan secara langsung

RISDA adalah agensi yang tidak terlibak dengan pengeluaran makanan secara langsung
mungkin mereka fikir standard halal RISDA akan diperakukan oleh jakim

sijil hahal ni pun salah satu cabang pendapatan dalam KPI jakim

Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilaporkan berkata, logo yang akan dilancarkan itu nanti bertujuan mengesahkan produk itu keluaran usahawan Muslim selepas memperoleh sijil halal Jakim.

mungkin sebagai sijil tambahan memperakui produk itu keluaran pengusaha muslim.
RISDA mungkin cuba memberikan input tambahan dlm mempromosikan produk pengusaha muslim dibwh naungan nya.
dengan kerjasama JAKIM dlm hal ini mungkin produk keluaran pengusaha muslim lebih mudah bersaing dipasaran
 
sebelum jakim marah-marah. bila di query hampa sendiri cakap hampa tak cukup staff nak buat pemantauan yang kerap. so kena buat selective. baik hampa bersama2 dengan agensi lain untuk pastikan pemantauan lebih kerap.
 
Back
Top
Log in Register