BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Logan 2017 Spoiler ALERT!

Dss.Net

Super Active Member
Messages
6,912
Joined
Sep 29, 2013
Messages
6,912
Reaction score
231
Points
83
C5_yGbiU4AEOwmp.jpg:large


Logan (2017) 9/10:)cgrock
(Spoilers Ahead)
- Penceritaan yang sangat teliti walaupun sukar dilihat dengan mata kasar. Jika dilihat kembali kepada filem filem X-men dan Wolverine itu tersendiri buat saya terasa berada di tempat "Hugh Jackman" yang terlalu lama memegang watak Wolverine yang derita inginkan sesuatu pengakhiran yang abadi buatnya. Kemasukkan watak Charles tua yang banyak mengajar nya erti kehidupan amat memberi kesan kepada pengakhiran cerita ini. Tidak dinafikan hadirnya juga anak Wolverine serta anak-anak lain dari genetik mereka sedikit memberi harapan kepada kita akan kelaknya masa depan mutan ini masih kekal dengan tunjangnya. Charles telah melakukan kerja yang sangat bagus walau disaat itu dia akan diakhiri dengan kematian. Charles telah melupakan ubatnya dan memberi panduan-panduan akhir kepada Laura agar dia bakal membawa jejak wasiat akhir Charles ke masa hadapan. Kembali kepada Wolverine , dia juga telah memberi mesej ringkas yang padat pada anaknya tentang kehidupan mereka kelak. Dia banyak menyimpan kesedihannya dan sifat penjaga nya kerana pendirian lelaki itu sendiri. Ego lelaki ada wajarnya dalam cerita ini. Saya amat kagum dengan skrip cerita ini dan boleh saya katakan antara pengakhiran terbaik untuk sesebuah mutan itu. Setiap kehidupan ada permulaan dan pengakhirannya, ia membawa kembali kita kepada jangan terlalu di angan-angan yang abadi kerana semua itu ada natijahnya. Wolverine mati disamping anaknya seperti kisah isterinya mati disamping beliau. Ini menunjukkan dia sudah redha walaupun tidak sempat meluangkan masa dengan anaknya. Mungkin sudah cukup dia luangkan masa dengan anak-anak didik Charles yang dahulunya di sekolah Xmen. Saya berharap kepada anak-anak klon genetik setelah pemergian Wolverine akan membawa Xmen kearah generasi baru yang tiada permusuhan manusia dan mutan . Sekian ulasan ringkas dari lelaki yang sering berhalusinasi dengan idea-idea manusia tersendiri
 
mati sebab nazak dah.:((:((

baca,nanti cerita psl anak logan... laura sebagai team xmen yang baru iaitu new xmen dan xforce..

laura akan kembali zaman lampau nanti jumpa logan.. tapi tak tau zaman jadi logan sebab hugh jackman retired being Wolverine
 
patutnya akan ada wolverine pompuan kan?

clone genetic logan
 
Back
Top
Log in Register