arin_gis
Active+ Member
- Messages
- 4,931
- Joined
- Feb 18, 2006
- Messages
- 4,931
- Reaction score
- 112
- Points
- 33
oic....cam menarik je tu....perit tahun pertama je....nampaknya
ye sememangnya betul.. perit untuk tahun pertama. ada 2 option untuk mengatasinya.
OPTION 1
- Simpanan sendiri - contoh simpanan anda ada RM3000 (Ini digunakan untuk bayaran tahun pertama ko simpan).
- assume sebulan paling busuk ko akan simpan RM100 dalam ASB. Jadi simpanan ko setahun : 12 x 100 = RM1200.00
- Jadi ko kena ambil jadual loan ASB tengok pada kemampuan ko : 3000/12 = 250. Maknanya ko kena ambil loan yang bulanannya adalah 250.
- Aku tengok jadual ko boleh ambil loan RM20000 selama 10 tahun, di mana sebulan ko kena bayar = RM221.00.
- Dividen tahun pertama : 20000/8% = RM1600.00 (Jangan ko enjoy duit nie dah le, ko bayar bulan2 loan ASB menggunakan duit nie)
- 1600/221 = 7 bulan. Bulan selebihnya ko boleh bayar menggunakan simpanan ko yang 1200 tadi untuk membayar sebanyak 221 x 5 bulan (Baki Bulan) = 1105.00.
Buat Loan. Yang nie ko boleh buat loan ASB lagi besar. Dengan kadar pinjaman i-alliance 5% dan Bank Islam 5.6%. Kat situ pun ko dah untung apabila tolak dividen ASB.
Ada Faham?
p/s : buat pengetahuan ko aku bukan kerja bank dan bukan promoter bank. Kita patut menggunakan peluang nie kerana kita kaum Bumiputera. Aku yakin kalo ko simpan sendiri akan menjadi nafsu mengatasi kewarasan ko. Aku kat sini cuma nak tolong kaum kita membuat simpanan lebih bijak untuk masa depan ko jugak. Tapi kalau ko rasa aku punya cadangan nie berguna belanja aku makan dah le
