BTC USD 85,175.8 Gold USD 4,127.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Loan ASB

Setuju2!!

ade logiknye....tapi asb loan ade kelebihan pada kegunaan tertentu judak....tapi kene pandai manage timeframe ape yang kite nak gunakan....ur choice...hehehe...aku prefer simpan sendiri secara tetap....:)

kalo nk lyn asb loan dlm masa 2-3 taun ok kot. psth terminate. :)):)):))
 
Encik kapoonka
Emailkan sy logsheet pasal asb loan vs simpanan sendri tuh k?
afique07[@]gmail.com
tengkiu beri mac!
 
awat bos tgk smpai taun ke 7 sja? bos target bley settle hutang asb bos dlm masa 7 taun ke? :">:">:">
kt jadual tuh dia tunjuk comparison Si A yg smpn RM500 sebulan sehingga 20 taun dgn Si B yg byr RM500 sebulan kt bank selama 20 taun. lihat hasilnya lps 20 taun.

bos tgk start taun ke 11 smpai taun ke 20. yg aku color wrna biru tuh. strt drp cni la bos mengalami untung dlm rugi. bos tgk kt dividend, jumlah terkumpul & dividend bersih. :):):) kenapa dividend org yg smpn duit sndri lg byk drp org wat loan strt taun ke 11??? kenapa jumlah terkumpul org yg smpn duit sndri lby byk drp org yg wat loan strt taun ke 11??? kenapa dividen bersih org yg smpn duit sndri lby tggi drp org yg wat loan strt taun ke 11 smpai taun ke 20??? kenapa??? kenapa??? :-?:-?:-?

jwpnnya sbb u x wat loan. u x tanggung interest. u x de byr duit kt bank. u juga x terikat dgn inflasi. :)cgrock:)cgrock:)cgrock

satu lg persoalan aku? adakah bos yakin ASB akan bg 8% dividen dlm masa 20 taun lg? aku msh igt lg tyme asb mla2 launch, dividen 13%, psth menurun jd 12%, 10%, 9%, dan skng 8%. pikir2kn. :D:D:D

hehe.. sy sj je paste just sampai 7 thn je.. malas nk paste seme.. tujuan sy just nk suh awk perbetulkn pengiraan tu.. that all.. cuba tgk ape yg x betul pada jadual comparison awk tu.. then baru proceed pada fakta2 awk yg lain.. sy x bangkang fakta2 awk pun ..
klu awk perbetulkn jadual comparison awk tu.. sure figure warna biru tu akan berubah,, try dulu yer :)
mmg le div jauh berubah.. dr 13% kpd 8%.. then tgk gak interest nyer plak.. masa 13% tu brp.. masa 8% plak brp..
cam sy bg tau..
klu interest> dr div.. sure rugi.. sy pun da wat kira2nya kn kt page2 lepas.
sy tekan kn pengiraan awk tu:)
 
:)):)):)) dlu aku pon mla2 pk mcm bro jgk. mmg bro akan untung. dlm untung bro tetap rugi. penah dgr 'untung dlm rugi'?

bro compare btol2 jadual tuh. jgn setkn minda yg loan asb neh bgs. kosongkn minda bro. tgk2 btol2. apa benda yg t'smbunyi di sebalik jadual tuh. :D:D:D

sy fhm benda tersembunyi nyer tuh.. tp sy minta tlg paste kt sini penyata ASB org yg wat loan ASB.. then kita bincang lebih lanjut:)..
leh tambah2 ilmu
 
sy fhm benda tersembunyi nyer tuh.. tp sy minta tlg paste kt sini penyata ASB org yg wat loan ASB.. then kita bincang lebih lanjut:)..
leh tambah2 ilmu

eden surrender.. tak der penyata... :D:D:D

aidir... nak tanya 1 soklan... dividend thn PNB masukkan pada 1/1 setiap thn ker 2/1 setiap thn?? Ker tarikh lain?
 
eden surrender.. tak der penyata... :D:D:D

aidir... nak tanya 1 soklan... dividend thn PNB masukkan pada 1/1 setiap thn ker 2/1 setiap thn?? Ker tarikh lain?

hehe..xpe...saper2 yg ade leh paste sini..
div tu tgk pada pengumuman PNB la, macam thn depan 2010.
1 jan 2010 jumaat(cuti thn baru), so probably paling awal 4 jan 2010 la (isnin).
dan tarikh keramat itu juga berpusu2 org akan beratur depan bank RHB,CIMB,MAYBANK seawal jam 8..haha.. dan inilah peluang keemasan bg staff2 bank bg "menyekolahkn" kita2 semua utk kutip komisen :eek:..
" adik.. no da abis, meh akak tolong , adik xyah beratur.. bla bla bla..."
 
untung pd yg beringat2 awal....jgn jd mcm aku...tah apa2 aku labur..last2 lebur..smua bnm n sc serbu...baik labur ja ngan yg dijamin dlm m'sia ni...klau x ....x tahu la nk ckp....tgh byr utang...huhuhuh...
nasib baik ada sisa2 skit lg yg blh aku buat modal..nk guna duit 2 utk cagaran buat loan asb ngan maybank la plak....blh la cpt2 kambus lubang2 yg duk ada ni...jgn jd mcm aku n tokmat yg kat page 1 tu
 
buat loan ke tak buat loan ke "SAYA MESTI PILIH" ASB-I dengan maybank sebab ada PELABURAN+SIMPANAN+PERLINDUNGAN+PERKONGSIAN KEUNTUNGAN ANTARA SYARIKAT TAKAFUL(ETIQA TAKAFUL) DAN PESERTA(MLTA bukan MRTA) :)
 
ULASAN UZAR

Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untukmembuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.

Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Jika dinyatakan "mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?". Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan "Iqra'

Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.

Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat.

Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w kata :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-

أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)



Sekian

3 Feb 2008
 
Back
Top
Log in Register