Sesuai dengan Namanya, Mohamed Salah kini Egyptian King dan King of Liverpool era Premier League
(Liga Perdana Inggeris)
Mohamed Salah kini telah menjaringkan 129 gol Premier League untuk Liverpool dalam 205 perlawanan.
Dia memecahkan rekod Robbie Fowler untuk menjadi penjaring gol terbanyak Premier League Liverpool sepanjang masa.
Mohamed Salah - 129 gol / 205 perlawanan
Robbie Fowler - 128 gol / 266 perlawanan
Steven Gerrard - 120 gol / 504 perlawanan
Michael Owen - 118 gol / 216 perlawanan
TINDAKAN KURANG BIJAK
Jika ditanya, siapa penyokong Liverpool yang kurang gembira dengan kemenangan besar semalam, pasti ada seorang.
Penyokong ini telah mencerobohi padang & kemudian dimarahi Klopp dengan teruk ketika dibawa keluar oleh pihak keselamatan.
Mana tidaknya, tindakan 'over excited' daripadanya yang meluru ke arah pemain² yang sedang meraikan jaringan ke-7 oleh Firmino, menyebabkan Andy Robertson & Curtis Jones mengalami kesakitan kerana tergelincir. Tiada apa² status mengenai Robertson & Jones, kita jangkakan kesakitan itu hanyalah bersifat sementara sahaja.
Klopp menyatakan walaupun mereka mempunyai hanya 1% peluang untuk mengalahkan Real Madrid dan layak ke pusingan seterusnya, beliau akan mencuba untuk memenangi walaupun berdepan lawan yang kuat. Klopp akui mereka harus bermain di tahap terbaik mereka untuk memenangi perlawanan di Madrid. Beliau akui mereka sukar menyekat pergerakan Vinicius atau Benzema, tetapi mereka pernah lakukan dalam masa yang lama. Pemain harus aktif dalam pergerakan dengan bola atau tanpa bola. Mereka cuba untuk mengambil risiko tetapi elakkan serangan balas.
Jordan Henderson tersisih berikutan selsema, manakala Stefan Bajcetic tersisih berikutan masalah di pangkal paha beliau.
Klopp melontarkan pujian kepada skuad Ancelotti yang serba serbi terbaik. Menguasai bola dengan kerap, pressing laju, bertahan dan menyerang balas dengan baik setiap masa. Mereka hadir ke Madrid untuk cuba memenangi perlawanan. Mereka bukan hadir sambil berkata "menjaringkan gol bukanlah sesuatu masalah". Mereka akan lakukan yang terbaik walaupun tiada siapa yang percaya mereka akan lakukan.
Pst: Liverpool bertandang ke Santiago Bernabéu jam 4 pagi ini waktu M'sia ....