BTC USD 84,250.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Liverpool Kopites

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada Muslim.
Selamat sejahtera kepada Yang Lain.

Sebelum ni ada orang fikir,
CR keluar dari Real madrid, abis la....

Tetapi...

Benzema tanpa CR,
lagi menyerlah.
Masa ada CR,
suma na kena suap kat CR.

Wallahu a'lam.
Setuju tuan.
Mana2 team yang sanggup ambil CR7 akan terima hakikat formasi dan game play kena tukar.
 
Screenshot_9.jpg


Joe Gomez betul-betul lalui hari yang malang di Anfield. Dia terlibat dalam kesemua 5 gol Real Madrid. Pertama, dia gagal halang Vinicius Jr, yang mana percubaannya masuk cantik ke sebelah kanan dan meletakkan Real Madrid kembali dalam perlawanan.
Kemudian, hantaran ke belakang kepada Alisson yang sepatutnya menjadi good recovery tetapi penjaga gol asal Brazil itu pula menendang tepat ke kaki Vinicius Jr.

Bermula separuh masa kedua, foul yang tak diperlukan daripada Gomez membawa kepada jaringan Eder Militao menerusi situasi set piece. Seperti rakan sepasukannya yang lain, Gomez juga nampak statik di dalam kotak.

Okay, nampak macam tak adil semua benda nak kena sebut nama Gomez sebab pemain Liverpool yang lain juga tak jalankan tugas dengan sempurna. Masuk gol keempat, macam kebetulan juga.

Bola percubaan Karim Benzema terbias ke kaki Gomez sebelum masuk ke dalam gol. Bila Benzema menjaringkan gol kelima Real Madrid, Gomez cuba menyekat penyerang asal Perancis itu tetapi tidak termampu lagi.

Malam yang kurang seri untuk Liverpool dan mungkin Gomez tidak akan menonton lagi perlawanan ini nanti.
 
Keputusan Penuh Perlawanan

Screenshot_9.jpg


Kedudukan Terkini

Screenshot_10.jpg
​
 

EPL Highlights: Liverpool 2 - 0 Wolves​

​


Gol awal dari Darwin Nunez dibatalkan oleh VAR dengan Jota didakwa mengasari pemain lawan terlebih dahulu ( tak nampak foul ).
Namun Jota terlibat untuk gol pembukaan Liverpool apabila menguis bola tepisan Jose Sa untuk tandukkan Van Dijk.
Satu serangan pantas oleh Tsimikas membolehkan Mo Salah menjaringkan gol kedua.
Kemenangan ke atas Wolves membolehkan Liverpool naik ke tangga ke6 buat masa sekarang.
 
Keputusan Penuh Perlawanan

Screenshot_9.jpg


Kedudukan Terkini

Screenshot_10.jpg
​
 

EPL Highlights: Liverpool 7 - 0 Manchester United​



Terkini Keputusan

Screenshot_9.jpg


Terkini Penjaring Gol Terbanyak

Screenshot_10.jpg


Jadual Perlawanan Liverpool

Screenshot_11.jpg
​
 
Tahniah liverpool.. walaupun aku GGMU tapi aku puji game liverpool pagi tadi..sangat klinikal..crowd pn ohsem..MU main hancus sehancus nya..mcm budak sekolah..baler betul..haha..apa2 gratz guys

#akubukanBBNU
#mudahtacing
 
Back
Top
Log in Register