Perundingan kedua untuk pembangunan semula Anfield Road Stand telah dilakukan hari ini dan jika diluluskan, projek bernilai £60juta pound ini akan bermula pada hujung tahun 2020 dan akan siap sepenuhnya sebelum musim 2022/23.
Sekitar 7,000 tempat duduk akan ditambah menjadikan Anfield berkapasiti sekitar 61,000 pada 2022.
Seteru utama Liverpool di Liga Perdana Inggeris Manchester City, dalam satu kenyataan rasmi oleh UEFA akan melarang Manchester City beraksi di sebarang pentas kejohanan Eropah iaitu UEFA Liga Juara² Eropah dan UEFA Liga Eropah bagi 2 musim akan datang iaitu 2020/21 dan 2021/22.
Kejutan itu diumumkan awal pagi tadi apabila skuad mewah kendalian Pep Guardiola itu disahkan melanggar peraturan Fair Play Financial yang serius. Kelab Manchester City telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hal itu dan akan melakukan rayuan untuk meringankan hukuman yang dianggap terlalu besar bagi skuad Citizens.
Sementara itu, Pep Guardiola mempertimbangkan untuk meninggalkan Manchester City andainya rayuan tersebut gagal.