BTC USD 80,856.1 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Liverpool Kopites

screenshot-001.jpg


screenshot-002.jpg


screenshot-003.jpg


Liverpool Vs Sheffield United Highlights & Goals


​
 
Last edited:
screenshot-001.jpg


Liverpool terus mencatatkan kemenangan ke-19 di Liga Perdana Inggeris apabila mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Sheffield United di Anfield. Dengan kemenangan ini, Liverpool mengumpul 58 mata dan masih berbaki 1 perlawanan. Sheffield bukannya pasukan yang mudah untuk tewas apabila bertemu pasukan kedudukan 6 ke atas. Namun begitu pertahanan mereka tidak cukup kuat untuk menahan asakan daripada Liverpool sepanjang 90 minit.

Liverpool bermula garang apabila Mohamed Salah menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-4 hasil hantaran kemas Andrew Robertson. Sheffield nampak tidak goyah dengan membuatkan barisan pertahanan untuk baki 40 minit separuh masa pertama. Perlawanan tampak sedikit bosan kerana Sheffield mengamalkan taktikal padat dengan pertahanan (park the bus) yang sering digunakan tatkala bertemu Liverpool.

Liverpool terus buntu menambah gol sehingga minit ke -64, Mohamed Salah membantu Sadio Mane menjaringkan gol ke-2 di hadapan kopites. Sheffield terus mengasak untuk mencari gol penyamaan, namun segala percubaan mereka berjaya dihalang oleh barisan pertahanan Liverpool. Dengan kemenangan ini, sudah cukup untuk terus menjarakkan 13 mata di hadapan Leicester City. Takumi Minamino hanya menjadi pemerhati pada minggu ini dan akan membuat penampilan pertama bersama Liverpool pada perlawanan Piala FA Inggeris (FA Cup) bertemu Everton pada Isnin ini 12.01 pagi (Waktu M'sia).
 
Last edited:
Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris 2019/2020

screenshot-001.jpg


Keputusan Penuh Perlawanan

screenshot-002.jpg


Penjaring Gol Terbanyak Terkini

screenshot-003.jpg


Jadual Perlawanan Liverpool (Waktu M'sia)


screenshot-004.jpg
​
 
Last edited:
screenshot-001.jpg


Jurgen Klopp menyifatkan pencapaian Liverpool untuk bertahan tanpa tewas dalam sebarang aksi Liga Perdana Inggeris dalam tempoh setahun sebagai luar biasa susulan kemenangan 2-0 ke atas Sheffield United, awal pagi tadi.

"Ia mencerminkan banyak perkara positif, saya tidak mempunyai kata-kata yang cukup untuk itu, ia luar biasa. Kami tidak memikirkan mengenai tempoh setahun 365 hari tetapi hanya malam ini. Kami fokuskan untuk memenangi perlawanan ini, inilah sasaran kami dan ianya sentiasa begini. Pemain saya memberi tumpuan 100 peratus, itu perkara penting. Pastikan perlawanan ini dalam keadaan yang baik, itulah rancangannya. Tahun baru bagi kami bermula pada akhir Mei kelak, jadi kami mempunyai azam musim ini, bukannya azam tahun baru."
 
sharp salah mlm td..firmino byk passing tak smpi..
ape2pon kita mng...lawan spurs away tu cabaran tu...
 
screenshot-001.jpg


Naby Keita sepatutnya bermain di dalam kesebelasan utama menentang Sheffield United awal pagi semalam terpaksa di rehatkan setelah saat saat akhir seisi pemanasan badan di anfield dia mengalami kecederaan. Jurgen Klopp mengesahkan Naby Keita akan terlepas bermain perlawanan Piala FA Inggeris bertembung dengan seteru Merseyside, Everton awal pagi Isnin ini (Waktu M'sia).

"Saya tidak pasti dengan tepat apa yang telah menimpanya, ia berkaitan dengan pangkal paha tetapi saya boleh mengatakan sudah tidak melihat kelibatnya pertempungan menentang Everton. Saya hanya ada 12 pemain berpengalaman selain pemain remaja. Ia tidak menyenangkan tetapi kami tidak boleh mengubahnya. Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku, saya fikir dia mula terasa sesuatu selepas melakukan tendangan terakhir dalam sesi memanaskan badan. Dia masuk ke bilik persalinan dan berjalan terhincut-hincut. Semua orang yang bermain bola sepak pernah mengalami kecederaan seperti ini dan ianya tidak baik. Ia menyakitkan, saya tidak tahu apa sebenarnya berlaku atau berapa lamakah dia akan berehat."
 
pjimage12.jpg


Dalam 50 penampilan pertama sebagai penjaga gol Liverpool di Liga Perdana Inggeris.. Alisson Becker meraih 26 Clean Sheets hanya kalah kepada Pepe Reina (Lagenda Liverpool 2005–2014) dan Petr Cech (Lagenda Chelsea 2004–2015 )

screenshot-001.jpg
 
Last edited:
pjimage12.jpg


Liverpool Lagenda (1912–1915/1919–1934) mendiang Elisha Scott (24 Ogos 1893 – 16 Mei 1959) berasal dari Belfast Ireland Utara adalah penjaga gol dan pemain Liverpool paling lama bersama skuad Liverpool selama 21 tahun 52 hari (1921-1934). Berikut adalah pencapaian terbaik Mendiang Elisha Scott.

Bersama Liverpool (England)
- Memenangi kejuaraan Liga Divisyen 1 Inggeris 1921/22 dan 1922/23
(Kini dikenali Liga Perdana Inggeris pada tahun 1992)

Bersama Belfast Celtic (Ireland Utara)
- Memenangi kejuaraan Liga Irish 1918/19 dan 1935/36
- Memenangi Piala Irish 1917–18
- Memenangi Piala Emas Irish 1935
- Memenangi Piala Irish Perisai komuniti 1936

Sebagai Pengurus di Belfast Celtic (Ireland Utara)
- Memenangi kejuaraan Liga 1936/37, 1937/38, 1938/39, 1939/40 dan 1947/48
- Memenangi Piala Irish 1937, 1938, 1941, 1943, 1944 dan 1947
- Memenangi Piala Emas Irish 1935, 1939, 1940, 1941, 1944, 1945, 1946 dan 1947
- Memenangi Piala Irish Perisai komuniti Winners 1936, 1937, 1939, 1943 dan 1945
- Memenangi Piala Bandar Belfast 1940, 1948 dan 1949

screenshot-001.jpg
 
screenshot-001.jpg


Jurgen Klopp akui beliau masih belum memikirkan tentang kesebelasan utama Liverpool dalam perlawanan Piala FA Inggeris (FA Cup) menentang jiran tetangga (Merseyside Derby) Everton pada pagi Isnin ini. (12.01 Pagi Waktu M'sia)

Ada berita mengatakan Klopp mungkin akan menurunkan beberapa pemain akademi Liverpool bawah 23 tahun (U23) dalam perlawanan tersebut kerana beliau mahu merehatkan beberapa pemain utama yang akan menentang Tottenham pada 12 januari nanti. (1.30 pagi Waktu M'sia) Klopp akui Carlo Ancelotti pastinya akan menurunkan skuad terbaik mereka dalam perlawanan tersebut kerana dia yakin Everton pastinya akan mensasarkan kejuaraan Piala FA Inggeris.
 
Back
Top
Log in Register