Xherdan Shaqiri dikatakan bakal berehat untuk 2 perlawanan akan datang akibat kecederaan. Menurut Klopp, Shaqiri yang dilihat akan bermain menentang Wolverhampton Wanderers minggu lalu terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan hamstring pada saat-saat akhir.
"Shaqiri sepatutnya bermain menentang Wolves, dia memberitahu mengalami sedikit kesakitan hamstring. Mungkin dia akan berehat selama seminggu atau 10 hari."
Virgil van Dijk berkata Liverpool masih boleh meningkatkan prestasi selepas menamatkan 2019 dengan satu lagi kemenangan untuk memiliki kelebihan 13 mata di puncak Liga Perdana Inggeris.
"Kami fikir masih boleh meningkat lagi usaha mengharungi perlawanan yang akan datang, kami mampu tampil lebih baik lagi. Kami tidak boleh merungut tentang kedudukan ketika ini. Tahun 2019 telah menampilkan aksi yang meyakinkan dan berharap dapat mengekalkannya. Kami hanya mahu meneruskan apa yang dilakukan ketika ini, kemudian akan melihat pengakhirannya."
Menurut Jurgen Klopp, skuad Liverpool perlu lebih bersedia untuk menghadapi cabaran getir babak kedua Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers, Liverpool selesa dengan 13 mata di puncak liga.
"Kami sudah separuh jalan, Kami masih mempunyai baki 19 perlawanan dan mungkin kesemuanya akan mencabar seperti menentang Wolves, Kami akan berdepan pasukan yang berjuang untuk segalanya dalam liga, kemudian berusaha untuk mengharungi perlawanan Eropah yang kini kembali terbuka, jadi kami perlu bersedia. Siapa kisah tentang mata dalam Disember? Kami telah mencipta rutin yang perlu kami usahakan, itu sahaja."
Takumi Minamino menghadiri hari pertama di pusat latihan kem Liverpool Di Melwood .. Beliau di sambut oleh Mane dan Shaqiri. Minamino turut melawat ke unit perubatan sambil menyapa beberapa pemain Liverpool termasuk Ox Chamberlain dan Ben Woodburn. Seterusnya beliau melawat bilik persalinan latihan dan akhir sekali bertemu dengan Jurgen Klopp.
Jurgen Klopp Sukakan Liverpool – Ejen Mark Kosicke
Jurgen Klopp menutup mulut khabar angin apabila menandatangani kontrak lanjutan bersama Liverpool baru baru ini dan ejen beliau Mark Kosicke akhirnya menjelaskan mengapa Klopp menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2024. Terdapat juga dakwaan dari Perancis, Jurgen Klopp dikaitkan dengan perpindahan ke kelab kaya divisyen 1 Perancis (French Ligue 1) iaitu PSG (Paris Saint Germain) baru baru ini, namun ejen beliau segera menepis dakwaan itu.
"Jurgen menyukai Liverpool buat masa sekarang dan saya tidak tahu kelab mana lagi yang terbaik untuk beliau. Dan beliau sendiri pun tidak tahu. Liverpool telah mengambil jalan untuk perancangan jangka panjang. Sadio Mane, Mo Salah dan Virgil Van Dijk telah mengambil langkah untuk menandatangani kontrak lanjutan. Dan sudah semestinya pengurus memainkan peranan besar dalam perkara ini. Selepas menandatangani kontrak lanjutan awal bulan lalu, Klopp tiba di Merseyside England pada 8 Oktober 2015 mengakui tiada tempat yang sebaik Liverpool."
Jurgen Klopp berkata:
"Bila saya tiba di sini pada musim luruh 2015, saya merasakan kelab ini amat sesuai buat saya, namun saya tidak sedar akan auranya. Hanya dengan kepercayaan penuh yang mengekalkan kolaborasi saya bersama kelab ini yang membuatkan saya menandatangani kontrak lanjutan hingga 2024. Kelab ini sangat baik, dan saya tidak sanggup meninggalkannya. Saya harus memuji peranan yang dimainkan oleh pengarah sukan, Micheal Edwards. Usaha sama yang diberikan adalah penting dengan semua pihak di sini yang membawa kelab ini mencabar setiap kejuaraan. Untuk sesiapa sahaja yang bersemangat untuk menikmati cabaran sekeliling di mana setiap bahagian pengurusan hingga ke penyokong kelab Liverpool (kopites) kepada matlamat pemilik Liverpool tiada tempat yang lebih baik selain dari Kelab Liverpool."
Penampilan Pertama Takumi Minamino di Piala FA Inggeris 19/20 (FA CUP)
Nampaknya peluang untuk melihat penampilan pertama Minamino terpaksa dilupakan Jurgen Klopp buat sementara waktu. Undang undang Liga Perdana Inggeris telah menyatakan mana mana pemain baru yang menyertai pada 1 dan 2 Januari (Tarikh England) tidak dibenarkan bermain saingan Liga Perdana Inggeris minggu ke 21. Jadi penampilan pertama Minamino di Liga Perdana Inggeris menentang Sheffield United terpaksa di lupakan. Beliau akan membuat penampilan pertama menentang Everton saingan Piala FA Inggeris di Anfield 6 Januari 2020 Isnin 12.01 pagi (Waktu M'sia). Oleh itu Minamino akan membuat penampilan pertama bersama Liverpool seperti Van Dijk pada Januari 2018.
Pst: Penampilan pertama Vigil Van Dijk bersama Liverpool 5 Januari 2018 (Tarikh England) menentang Everton dalam saingan pusingan ke 3 Piala FA Inggeris 17/18 di Anfield.. Liverpool menang 2-1 .. Van Dijk menjaringkan gol ke 2 menerusi tandukan sepakan sudut minit ke 84.
Liverpool 2 - 1 Everton Official Highlights | Emirates FA Cup 2017/18
rumors byk bro.. selagi takda pengesahan pembelian .. kena cool down dulu .. setakat ini Nathaniel Phillips.. Sepp van den Berg.. Ki-Jana Hoever bole cover Joe Gomez.. Andy Robertson .. Trent Alexander-Arnold dan Virgil van Dijk.. kengkadang kita nampak Klopp guna cara total football (free position).. Jordan Henderson.. James Milner.. Adam Lallana.. Naby Keita .. Georginio Wijnaldum dan Alex Oxlade-Chamberlain pernah di swapkan ke posisi defensive.. Klopp suka pemain bermain free position berbanding natural position ..
Jurgen Klopp mengesahkan kemungkinan besar tidak akan membeli lagi pemain baru menjelang jendela perpindahan kali ini. Liverpool telah membawa pemain Jepun Takumi Minamino, dari Red Bull Salzburg telah secara rasmi sebelum Januari. Minamino tidak dapat bermain ketika Liverpool melayan kunjungan Sheffield United pada Jumaat pagi ini (Waktu M'sia). Minamino akan muncul berhadapan dengan Everton dalam sainganPiala FA Inggeris hujung minggu ini. Pada masa ini skuad Liverpool yang masih lagi cedera Alex Oxlade-Chamberlain, Xherdan Shaqiri, Fabinho, Joel Matip, dan Dejan Lovren. Selain masalah kecederaan dalam skuad, Klopp mengaku Liverpool mungkin tidak mengambil pemain baru kerana jendela perpindahan Januari sentiasa sukar.
"Setiap tahun kami mengalami keadaan yang sama sentiasa sukar, kami mungkin tidak terlalu sibuk dan akan melihat apa yang berlaku, tetapi nampaknya saya boleh mengesahkan tiada lagi pemain baru yang akan datang bulan januari ini. Ketika ini kami mempunyai 13 pemain selain penjaga gol ditambah Minamino, tetapi bukan untuk perlawanan menentang Sheffield United."
Pst: Klopp kengkadang sukar nak di ramal.. tup² dlm diam beli pemain baru.. beli ka.. tak beli ka tepulanglah...
Liverpool miliki keinginan tinggi untuk julang gelaran Juara
Jurgen Klopp berkata terdapat keinginan yang tinggi untuk memenangi trofi dalam skuad Liverpool selepas mereka menandatangani beberapa pemain dan pengalaman hampir bergelar juara sebelum ini. Klopp menyedari terhadap potensi untuk menamatkan penantian kemarau 30 tahun untuk bergelar juara liga Liga Perdana Inggeris. Namun menegaskan pasukannya tidak pernah berangan-angan dan bakal terus berusaha untuk melakar kejayaan.
"Adakah ia tamak? Saya tidak pasti. Ia merupakan satu keinginan untuk memenangi trofi. Kami perlu meningkatkan lagi peluang dengan cara berbeza, dengan pemain-pemain yang dibawa masuk ke dalam pasukan. Menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza membantu pasukan. Kalah adalah kalah, tetapi jika belajar sesuatu, ia masih masuk akal, seperti aksi akhir Liga Juara² berdepan Real Madrid. Apa yang diraih dalam perlawanan tersebut memperkuatkan lagi pasukan untuk terus memburu kemenangan dan kembali ke aksi akhir seterusnya. Pengalaman tersebut benar-benar membantu kami.
Saya rasa keinginan pasukan sangat tinggi. Ia adalah satu perasaan yang menakjubkan apabila meraih lebih banyak gelaran. Saya tidak tahu sama ada ia adalah tamak ataupun tidak,siapa yang kisah?. Semua orang memberitahu saya mengenai perkara ini. Kami bukanlah pasukan yang sekadar berangan-angan, kami sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang diraih setakat ini. Buat masa ini, skuad Liverpool berada dalam prestasi yang terbaik dan akan cuba berusaha dalam setiap kejohanan."