TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,872
- Points
- 1,831
Seremban: “Saya dapat panggilan daripada jiran sebelah rumah pada jam 5.45 petang yang memaklumkan mereka nampak asap hitam keluar dari bilik utama rumah saya,” kata Penolong Pegawai Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan Ahmad Tajuddin Jamaluddin ketika menceritakan detik bilik utama rumahnya terbakar di Taman Bukit Kepayang, di sini, kelmarin .
Ahmad Tajuddin berkata, ketika kejadian dia di pejabatnya di Wisma Negeri, di sini, dan bergegas pulang ke rumahnya di Taman Bukit Kepayang itu.
Setiba saja di rumahnya, Ahmad Tajuddin berkata, dia mendapati hampir keseluruhan bilik utamanya itu terbakar.
“Kira-kira 15 minit kemudian bomba tiba dan memadamkan api. Saya difahamkan kebakaran berpunca daripada litar pintas di kipas siling yang sudah lama rosak. Sebenarnya saya mahu menggantikannya, tetapi selalu menangguhkannya.
AHMAD Tajuddin mencari barang yang masih boleh digunakan selepas kebakaran.
“Saya tidak dapat pastikan jumlah kerugian, tetapi saya reda dan menganggapnya sebagai ujian Allah,” kata bapa kepada tiga orang anak berusia 26 tahun hingga 22 tahun itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/articles/Litarpintaskipassiling//Article