BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LinkedIn Menjual SlideShare Kepada Scribd

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
SlideShare merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan anda berkongsi dokumen berbentuk pembentangan bersama yang lain.

Sebelum ini, LinkedIn telah mengambil-alih SlideShare pada 2012 yang lepas, sebelum Microsoft mengambil-alih LinkedIn pada 2016.

Pengambil-alihan ini telah memudahkan perkongsian kandungan, selain memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada pengguna di LinkedIn. Perkhidmatan laman sosial berkenaan sendiri telah mengintegrasikan ciri berkongsi dikumen terus pada laman sosial berkenaan, selain berbincang dan komen berkaitan dengannya.

Ia tidak diketahui kenapa LinkedIn memilih untuk menjual SlideShare. Untuk Scribd sendiri, pengambil-alihan dan penyertaan SlideShare sendiri akan menguntungkan mereka – dengan menyediakan akses kepada jutaan fail berbentuk pembentangan kepada pengguna mereka.

Buat masa ini, SlideShare akan terus beroperasi secara jenama berasingan dibawah Scribd.

Screenshot-2522.jpg


Sumber asal https://blog.scribd.com/home/welcome-slideshare-to-the-scribd-community
 
Back
Top
Log in Register