BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Line masih belum Clear

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Restoran Nasi Kandar Line Clear masih beroperasi seperti biasa hari ini.
< 1 / 1 >
GEORGETOWN - Isu perebutan pengurusan Restoran Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang di sini, belum ada sebarang penyelesaian walaupun tempoh dua minggu yang diberi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berakhir hari ini.

Pengarah Bahagian Perlesenan MPPP, Azman Sirun berkata, semua pihak yang berkaitan masih diberi peluang dan ruang untuk mengadakan rundingan sebelum keputusan dibuat dalam mesyuarat pada 20 Jun ini.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan Persatuan Liga Muslim Pulau Pinang sebelum ini menawarkan diri menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu perebutan restoran itu antara tiga individu iaitu Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latiff Thulkarunai dan Pathumah Iskandar dengan pengurus sekarang, Abdul Hamid SN Seeni Pakir.

"Saya difahamkan mereka berjaya mengaturkan pertemuan dengan semua yang terlibat. Tetapi kita belum menerima laporan dari Liga Muslim mengenai keputusan dan hasil perbincangan yang dilakukan.

"Pada 20 Jun ini, kita akan turut panggil Liga Muslim dalam mesyuarat dan mencari langkah yang terbaik untuk semua pihak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di Restoran Nasi Kandar Line Clear mendapatinya masih beroperasi seperti biasa.

Sebelum ini, restoran itu berhadapan tindakan pengosongan dari MPPP jika semua yang terlibat gagal menyelesaikan pertikaian milikan antara pengusaha dan tiga pemilik lesan yang dikeluarkannya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/line-masih-belum-clear-1.290590
 
Back
Top
Log in Register