BTC USD 81,982.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lindsay Lohan masuk Islam?

Setiap tahun mesti naik cerita artis Amerika masuk Islam.

Dia ni rasa kosong dalam jiwa jadi dia cuba mendalami Islam.

Dia puji kitab Al-Quran. Ada video dia masa lawatan ke Turki kalau tak silap.

Belum lagi sah masuk Islam.
 
Setiap tahun mesti naik cerita artis Amerika masuk Islam.

Dia ni rasa kosong dalam jiwa jadi dia cuba mendalami Islam.

Dia puji kitab Al-Quran. Ada video dia masa lawatan ke Turki kalau tak silap.

Belum lagi sah masuk Islam.

ramai yang masuk Islam sebenarnya jiwa kosong. Bila nur Islam tu masuk dalam jiwa... terus dapat hidayah untuk masuk Islam.
 
insyaallah ada tu. 0 posts die delete habis
 
btul ke ni? aku nmpk dlm fb pic dia bertudung..
 
kalo kat malaysia mmg sahih kena maki dah si lohan ni pegang quran takde wuduk
 
Netizen Muslim doakan Lindsay Lohan di media sosial

lindsiglinds.transformed.jpg


LOS ANGELES: Umat Islam mengalu-alu dan mendoakan Lindsay Lohan yang dilaporkan memeluk Islam, selepas pelakon Hollywood itu memadamkan akaun Instagram beliau dan mengubah profil di laman sosial itu.


Sepanjang hujung minggu lalu, Lohan memadamkan semua gambar dalam laman Instagram beliau kecuali gambar profil dan status yang tertulis: 'Alaikum salam.'

Dalam bahasa Arab ia bermaksud 'sejahtera juga kepada kamu,' dan ramai membuat andaian Lohan sudah memeluk agama Islam.

"Saya amat gembira Lindsay memilih Islam, semoga Allah memberikan petunjuk dan memberkatinya," kata seorang wanita muda dalam Twitter.

Seorang lagi berkata, "Saya dengar Lindsay Lohan memeluk Islam? Jika ia benar, Alhamdulillah. Tuhan sudah menunjukkannya jalan yang benar."

Lohan bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada beliau benar-benar memeluk Islam dan seorang wakil aktres itu tidak memberi maklum balas ketika ditanya DailyMail.com.

Pada sambutan tahun baharu baru-baru ini, Lohan dilapor mengunjungi Asia Barat dan bercuti di Dubai. Sebelumnya, sudah timbul khabar angin mengatakan Lohan mungkin memeluk Islam pada 2015 kerana beliau dilihat bergambar sambil memegang al-Quran ketika menjalankan khidmat komuniti di Brooklyn.

Bagaimanapun berita itu dinafikan oleh ibunya Dina, dalam laman web hiburan, GossipCop.

Ketika tampil untuk satu rancangan bual Turki, 'Haber Turk' hujung tahun itu, beliau menjelaskan bahawa buku itu sebenarnya hadiah daripada kawannya. - AGENSI


http://www.bharian.com.my/node/236070
 
Ibu nafi Lindsay peluk Islam

Los Angeles: Ibu Lindsay Lohan semalam menafikan pelakon dan penyanyi itu memeluk Islam.


Lindsay mencetuskan khabar angin selepas dia memadamkan semua yang dimuat naik, termasuk gambar di dalam Instagramnya dan mengemaskinikan biodatanya dengan perkataan ‘Alaikum salam.’

Bagaimanapun, ibunya, Dina Lohan memberitahu Gossip Cop, Lindsay hanya mahu berehat daripada media sosial.

Seorang wakil Lindsay juga berkata, pelakon dan penyanyi itu yang sebelum ini terkenal kerana mencetuskan banyak masalah peribadi, tidak memeluk Islam.

Perubahan status sosial selebriti itu mungkin menggambarkan penghormatannya kepada Dubai, negara yang dia kini anggap tempat tinggalnya.

Tindakan Lindsay ‘membersihkan’ akaun Instagramnya mendorong sebahagian peminat percaya dia memeluk Islam.

Ucapan Alaikum Salam itu juga menyebabkan beberapa peminat mengucapkan tahniah kepadanya.

Bagaimanapun, sehingga semalam, Lindsay sendiri tidak menyatakan dia memeluk Islam dan tidak menjawab ketika diminta mengulasnya.

Dia dilapor menyambut Tahun Baru dan bercuti di Dubai.

Cerita mengenai kemungkinan selebriti berkenaan memeluk Islam tersebar sejak 2015 apabila dia dirakam memegang kitab suci al-Quran ketika melakukan kerja khidmat masyarakat di Brooklyn.

Dalam satu rancangan sembang di televisyen Turki tahun lalu, Lindsay menjelaskan, kitab itu adalah hadiah daripada beberapa rakannya.

Khabar angin mengenai pengislaman selebriti itu semakin kuat apabila dia mengenakan pakaian Muslimah ketika melawat Turki.


http://www.hmetro.com.my/node/198178
 
Lindsay Lohan, kembali menimbulkan spekulasi selepas dilihat memakai tudung ketika mengadakan urusan perniagaan di Turki.

Bintang Mean Girls, 30, itu dilihat memakai kot bulu dan tudung hitam menutupi rambutnya ketika meninggalkan pusat beli belah Istinye.

lindsay-lohan.jpg
 
Back
Top
Log in Register