BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kimberly Bong umum peluk Islam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80

Bekas atlet terjun wanita negara peluk Islam​

3629980.webp

Kimberly berkongsi perkara berkenaan menerusi media sosial dengan meluahkan rasa syukur selain menyifatkan keputusan itu sebagai antara detik paling istimewa dalam hidupnya.

SHAH ALAM - Bekas penerjun wanita negara, Kimberly Bong Qian Ping mengumumkan dirinya telah memeluk agama Islam pada Julai lalu.

Memetik laporan Stadium Astro, Kimberly berkongsi perkara berkenaan menerusi media sosial dengan meluahkan rasa syukur selain menyifatkan keputusan itu sebagai antara detik paling istimewa dalam hidupnya.

“Never been prouder of the decision I made in July. Truly one of the most special moments (Tidak pernah berasa lebih bangga dengan keputusan yang saya buat pada Julai lalu. Benar-benar antara detik paling istimewa). Alhamdulillah,” tulisnya di Instagram.

Beliau yang sinonim dengan acara 3 meter papan anjal dan platform 10 meter itu mencuri perhatian ketika berusia 14 tahun apabila menyertai Kejohanan Grand Prix (GP) Terjun FINA Australia pada 2016.

Sepanjang kariernya, beliau turut melakar pencapaian membanggakan sehingga ke peringkat antarabangsa, antaranya memenangi pingat emas Sukan SEA dan Terbuka Malaysia pada 2023 serta meraih pingat perak dan gangsa pada edisi Sukan SEA 2021 serta 2017.

Kimberly mengumumkan persaraan daripada sukan terjun pada 2024 selepas hampir 15 tahun menyertai sukan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Kimberly dilaporkan bakal bergelar isteri kepada bekas penyerang skuad Bawah 23 (B23) negara, Danial Asri, yang kini beraksi bersama kelab DPMM.
 
14303914205748325-420913.jpg

14303914205748325-420914.jpg


Alhamdulillah🤲 Kimberly Bong umum peluk Islam🥰

Bekas penerjun wanita negara, Kimberly Bong Qian Ping berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya telah memeluk agama Islam pada Julai lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Kimberly menyifatkan keputusan itu sebagai antara momen paling istimewa dalam hidupnya dan meluahkan rasa syukur atas penghijrahan tersebut.

Sumber: IG Kimberly Bong
 
Back
Top
Log in Register