hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Hantaran lafaz syahadah cetus persoalan, Cikgu Chandra minta masa bertenang
NURUL HIDAYAH HAMID
SHAH ALAM - "Insya-ALLAH, saya akan maklumkan bila tempoh bertenang saya selesai,” demikian respons aktivis masyarakat, S Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra berhubung hantaran lafaz syahadah yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Jumaat.
Bagaimanapun, beliau berkata, buat masa ini, pihaknya memilih tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana mempunyai keluarga yang perlu dilindungi.
Sebelum ini, Cikgu Chandra memuat naik hantaran Facebook yang memaparkan lafaz syahadah hingga mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen sama ada beliau sudah memeluk Islam.
Cikgu Chandra berkata, setiap orang berhak membuat tafsiran terhadap sesuatu hantaran, namun beliau tidak akan memberikan ulasan lanjut mengenai perkara berkenaan buat masa ini.
Justeru, beliau berharap pendiriannya dihormati dan memberikan ruang kepada dirinya serta keluarga.
Dalam pada itu, Cikgu Chandra turut berkongsi grafik memaklumkan sejak kecil beliau membesar di Alor Setar bersama rakan-rakan beragama Islam dan tidak pernah menganggap perbezaan kaum sebagai satu isu.
Beliau turut berkongsi pengalamannya bersama rakan-rakan Muslim termasuk ketika menangkap ikan, berkunjung ke rumah rakannya yang berkhatan dan menikmati nasi kuning.
Katanya, pengalaman ketika berdepan situasi kecemasan turut meninggalkan kesan mendalam apabila orang pertama yang bersamanya ketika itu merupakan seorang berbangsa Melayu.
"Jadi tersebut hati saya dan berniat memeluk agama Islam. Cuma sekarang saya berjinak mengaji Al-Quran sebelum proses seterusnya," kongsinya.
Artikel Sinar Harian