BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,310.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima suspek curi wang ATM ditahan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Deputi Superintenden Mat Rizal Mat Radzi (tengah) bersama para pegawainya menunjukkan peralatan yang digunakan oleh lima lelaki di Sungai Jerik yang dipercayai digunakan dalam kes letupan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Terengganu. - UTUSAN ONLINE​

MARAN 23 Nov. - Polis menahan lima lelaki di Sungai Jerik, dekat sini hari ini bagi membantu siasatan kes letupan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Terengganu September lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mat Rizal Mat Radzi berkata, kumpulan tersebut disyaki terlibat dalam kes meletupkan mesin ATM di Dungun, Terengganu pada awal September lalu melibatkan kehilangan wang tunai kira-kira RM320,000.

''Suspek ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana membuat atau memiliki bahan letupan.

"Ketika penahanan suspek, polis turut merampas dua unit bahan letupan buatan sendiri," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Source: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lima-suspek-curi-wang-atm-ditahan-1.411316
 
Kalau bawah akta senjata api.....gantung sampai mati kan?
 
Baguslah curi mesin ATM sekurang-kurangnya tidaklah rompak, ragut beg orang, pecah rumah.

Lagi bagus kalau tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa serupa permainan watch dog.
 
syabas PDRM, syabas juga pada yg bekerjasama utk berikan maklumat.

walaupun duit orang ramai mungkin tak terjejas, tapi keselamatan serta hak utk mengguna perkhidmatan ATM akan terganggu dengan kes camni.
 
besi panjang tu rupanya mereka gunakan utk membuka peti atm
 
Back
Top
Log in Register