TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
BOT nelayan yang dikatakan disewa lima pemancing sebelum tenggelam dipukul ombak di perairan Pulau Tenggol, Dungun semalam. -UTUSAN ONLINE
DUNGUN 9 Mei - Akibat bot nelayan yang disewa dibadai ribut, lima pemancing dikhuatiri hilang dalam kejadian pada kedudukan 30 batu nautika dari perairan Kuala Dungun, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam dalam kawasan perairan Pulau Tenggol di sini dan tiga lagi mangsa iaitu seorang tekong dan dua awak-awak yang turut berada di dalam bot itu sempat diselamatkan oleh bot nelayan lain yang berada di lokasi kejadian.
Pengarah Pangkalan Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Md. Deris berkata, sebelum kejadian, kesemua lima pemancing dikatakan menyewa bot nelayan itu yang berpangkalan di Kuala Dungun sebelum mereka ke laut petang semalam.
Bagaimanapun jelasnya, sewaktu berada di lokasi kejadian, bot tersebut telah dipukul ombak besar menyebabkannya karam.
“Tekong dan dua awak-awak berjaya di selamatkan oleh sebuah bot nelayan yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian dan seorang daripada mereka menelefon rakannya untuk membuat laporan polis,” katanya.
Katanya lagi, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang sebelum ianya di rujuk kepada pihak Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, pihaknya telah menerima laporan tersebut pukul 10.30 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian kira-kira lebih sejam kemudian untuk mencari dan menyelamat mangsa.
“Seramai 30 anggota termasuk pegawai dari kapal KM Nusa bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang,” katanya.
Ujarnya, identiti lima pemancing tersebut masih belum dikenal pasti dan sehingga pukul 8 pagi ini, kesemua mereka belum ditemukan manakala operasi mencari dan menyelamat diteruskan. - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/terengganu/lima-pemancing-hilang-bot-dibadai-ribut-1.897478