BTC USD 86,621.7 Gold USD 4,359.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima Individu Didakwa Seludup 19 Warga Myanmar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,856
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,856
Reaction score
290
Points
146
f69d9ce735b3bf5eab48c0c67cda17fc68affd2737748

Anggota polis membawa sembilan individu untuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyeludup warga Myanmar.

Lima warga tempatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 19 warga Myanmar di sebuah pangsapuri di Hulu Langat, awal bulan ini.

Muhammad Azalmie Ahmad Razali, 25, Muhammad Irwan Syapawi Che Hamid, 34, Mazlan Derahman, 39, Hazif Yusof, 46, dan Mohamad Yusof Zulkipli, 29, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa dengan seorang individu lain yang masih bebas, dengan niat bersama menyeludup 19 warga Myanmar di sebuah pangsapuri di Hulu Langat pada 8 pagi, 5 Ogos lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Norhidayah Abdullah Sani tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh dan memohon kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Adam Haikal yang mewakili kelima-lima tertuduh itu bagaimanapun memohon mereka dibenarkan diikat jamin berikutan tiada risiko untuk melarikan diri dengan jumlah jaminan RM10,000 setiap seorang.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua permohonan pihak pendakwaan.

Pada prosiding itu, pertuduhan sama terhadap empat warga Myanmar yang lain termasuk seorang wanita, berusia 34 hingga 55 tahun tidak dibacakan kerana mereka tidak memahami bahasa Melayu.

 
Back
Top
Log in Register