kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
GEORGETOWN: Lima lelaki termasuk empat warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine, bernilai kira-kira RM38 juta, bulan lalu.
Tertuduh ialah Dwi Supriyatno Mei, 43 dari Magelang, Indonesia; Fredy Hermawan, 40 (Jakarta Timur); Andy Paksi, 38 (Denpasar); Indra Mulyadi, 40, dan Toh Ooi Hwa, 57, Pulau Pinang.
Keempat-empat tertuduh warga Indonesia itu didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine kira-kira 340 kilogram (kg) di No 243 Jalan Batu Feringgi, jam 9.30 malam, 27 Oktober lalu.
Manakala Toh pula didakwa mengedar dadah methamphetamine seberat satu kilogram di hadapan Kafe Menderin Facework Beauty Center, Lorong Delima lima, Gelugor, jam 9.30 malam tarikh yang sama.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faisal Md Noor.
Semua tertuduh hanya mengangguk kepala ketika ditanya jurubahasa mahkamah sama ada memahami tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Noor Fadzila Ishak.
Noor Fadzila menetapkan 10 Disember ini untuk sebutan semula kes kerana pihak pendakwaan masih menunggu laporan Jabatan Kimia.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20091109124537/Article/index_html