BTC USD 81,354.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Liga Super 2015

Keputusan Penuh Perlawanan Liga Super 3 & 4 April 2015

PDRM 1 - 0 Sarawak
Felda 1 - 4 Perak
JDT 2 - 1 ATM
Pahang 3 - 2 Lions XII
Selangor 3 - 1 Sime Darby
Terengganu 2 - 1 Kelantan
 
Alang2 deme kelih td tu
molek wak masuk sinim slaluh :p
1798873_872784296121923_703459078868319261_n.png

..

atas permintaan bro..:D
 
Persaingan Sengit Liga Super

Perak FA pamer aksi mengagumkan benam pendahulu Liga Felda United 4 - 1 di Stadium Selayang. Gergasi Merah garang benam cabaran Sime Darby di Stadium Shah Alam. Tok Gajah bangkit mencabar kedudukan carta liga dengan menundukkan Lionsxii di Darul Makmur. Terengganu FA pula terus bersaing di kelompok atasan liga dengan mengepikan Kelantan FA di Kuala Terengganu dan JDT juga cemerlang di laman sendiri menundukkan ATM. Persaingan memburu kejuaraan liga semakin sengit dan terbuka dengan perbezaan mata yang sangat kecil di antara pasukan2 di kelompok atasan.
 
TRW Perlu Awasi Kelibat Dickson - Apek

imageResize.ashx

Pasukan Kelantan perlu berwaspada dengan aksi bekas pemainnya, Dickson Nwakaeme apabila bertemu Pahang dalam saingan Liga Super 2015 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini Sabtu ini.
Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat berkata barisan pertahanan skuad The Red Warriors (TRW) perlu memberi perhatian yang lebih kepada Dickson kerana pemain itu mempunyai corak permainan cukup berbahaya.

"Kita kena hati-hati kerana Pahang ada kombinasi pemain yang cukup bagus dan Dickson merupakan kekuatan pasukan Pahang.

"Selain dia (Dickson) kita juga perlu berwaspada dengan R. Gopinathan, dia mempunyai hantaran lintang yang cukup bagus," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Khairul Fahmi yang lebih mesra dengan panggilan Apek berkata pasukannya perlu meraih kemenangan pada pertemuan itu bagi menaikkan kembali semangat pemain setelah TRW hanya mencatat dua kemenangan dalam saingan liga, setakat ini.

"Kita dahagakan kemenangan setelah hanya mampu menang dua perlawanan setakat ini dan moral pemain juga kena kuat untuk kita kembali fokus dalam saingan Liga Super.

"Aksi hambar ketika menentang Sime Darby FC pada saingan suku akhir Piala FA juga perlu dilupakan dan kita perlu cari kemenangan ketiga (dalam Liga Super) pada musim ini," katanya.

Khairul Fahmi percaya jurulatih baharu pasukan itu, Mohd Azraai Khor Abdullah mempunyai perancangan serta strategi tersendiri untuk menewaskan Pahang.

Kelantan kini berada di kedudukan kelapan Liga Super dengan tujuh mata, selepas hanya mencatat dua kemenangan daripada enam perlawanan.
 
Back
Top
Log in Register