BTC USD 61,654.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lidah ikan merah pelik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Lidah ikan merah yang ditemui Siti Rohayu berbeza dengan ikan lain.

SUNGAI PETANI – Seorang peniaga terkejut apabila satu daripada tiga kepala ikan yang dibersihkannya memiliki lidah menyerupai manusia di Kampung Nangka, Tikam Batu, kelmarin.

Siti Rohayu Abd Hamid, 42, berkata, dia sedang membersihkan kepala ikan berkenaan sebelum terkejut apabila lidah yang dimiliki ikan seberat hampir 800 gram itu terkeluar dari mulutnya.

Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku sepanjang tiga tahun memulakan operasi kedai makan di sini.

“Seperti biasa, rutin kami membersihkan kepala ikan merah sebelum dibuat kari kepala ikan yang menjadi kegemaran ramai pengunjung untuk juadah berbuka nanti.

“Tetapi kepala ikan kali ini agak berbeza kerana lidahnya terkeluar seperti manusia, tebal dan pelik,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, rakan-rakan yang menyaksikan kejadian itu juga hairan melihat keadaan terbabit tetapi hanya percaya bahawa semua yang berlaku adalah kekuasaan ALLAH SWT.

"Akibat bimbang dengan keadaan ini, saya mengambil keputusan untuk tidak memasak kepala berkenaan sebaliknya hanya disimpan dalam peti sejuk buat masa ini," katanya.
 
aduhhhh ape watafak kah ini
 
Last edited:
dah lumrah dia macam tu..
 
Biaq pi lah nampak pelik. Kalau tak pelik, bosanlah hidup ini....ok?
 
Wartawan Sinar nak cari duit raya... paham2 je la....
 
manusia xsedar diri.. dia ingat dia sorang je ada lidah macam tu..
 
Back
Top
Log in Register