eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
GEORGETOWN: Kelicikan dua anak anggota polis yang terbabit dalam beberapa kes samun di kedai 24 jam akhirnya terbongkar apabila dicekup polis ketika dipercayai cuba menyamun sebuah kedai 24 jam di Jalan Trengganu di sini Sabtu lalu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 pagi apabila tiga lelaki berusia 19, 20 dan 23 tahun itu ditemui dalam keadaan mencurigakan di depan sebuah kedai 24 jam oleh sepasukan anggota Unit Risikan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub berkata dalam kejadian itu polis menahan dua motosikal ditunggangi ketiga-tiga suspek dan hasil pemeriksaan mendapati dua bilah parang diselitkan di tepi motosikal selain mereka menggunakan topi bertutup penuh sebagai taktik untuk melakukan jenayah.
Beliau berkata, pemeriksaan itu mendapati dua daripada suspek yang ditahan berusia 19 dan 20 tahun adalah anak anggota polis yang berkhidmat di negeri ini dan saringan air kencing mendapati mereka berdua positif morfin.