BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LHDN mahu individu yang mempunyai akaun bank luar negara isytihar pendapatan

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF/KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI
(CHIEF EXECUTIVE OFFICER/DIRECTOR GENERAL OF INLAND REVENUE)
IBU PEJABAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
MENARA HASIL, ARAS 18, PERSIARAN RIMBA PERMAI
CYBER 8, 63000 CYBERJAYA
SELANGOR

Pembayar Cukai Yang Dihormati,

PENJELASAN BERKENAAN E-MEL PROGRAM KHAS PENGAKUAN SUKARELA

Saya dengan hormatnya ingin merujuk kepada e-mel Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berhubung dengan pelaksanaan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS).

2. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa sasaran utama PKPS ialah untuk menggalakkan pengakuan sukarela oleh pembayar cukai yang masih belum melaporkan pendapatan diterima di Malaysia dan disimpan di dalam akaun bank luar negara. Tuan/puan tidak perlu khuatir sekiranya pendapatan yang diterima telah dilaporkan atau dikenakan cukai dan kemudiannya disalurkan ke luar negara, kerana segalanya adalah teratur di sisi undang-undang cukai pendapatan.

3. Pada masa yang sama PKPS juga mengalu-alukan apa juga pengakuan (jika ada) yang ingin dibuat oleh tuan/puan berhubung pendapatan yang berpunca dari dalam Malaysia. Saya juga ingin memaklumkan tuan/puan yang telah mengambil bahagian dalam PKPS bagi tahun taksiran 2017 dan tahun-tahun taksiran sebelumnya, pihak LHDNM tidak akan menjalankan semakan lanjut terhadap tahun-tahun taksiran yang berkenaan.

4. Sehubungan itu, jika tuan/puan tidak mempunyai akaun bank luar negara atau apa-apa pengakuan, tiada keperluan untuk tuan/puan hadir ke pejabat LHDNM. Saya ingin juga mengambil kesempatan ini menjelaskan bahawa pihak LHDNM tidak mengamalkan tindakan audit atau siasatan yang melibatkan serbuan ke rumah pembayar cukai pada waktu tengah malam. Tindakan yang tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai LHDNM yang tidak mematuhi prosedur kerja yang ditetapkan ini serta gagal memberikan perkhidmatan secara profesional dan berintegriti. Sekiranya ada, aduan oleh pihak tuan/puan ini akan diberikan perhatian yang serius.

5. Segala kesulitan di pihak tuan/puan adalah amat dikesali. Saya berharap penjelasan ini dapat mengurangkan kebimbangan tuan/puan berhubung dengan e-mel yang diterima. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, tuan/puan bolehlah menghubungi:
i. Pejabat LHDNM yang berhampiran;
ii. Hasil Care Line LHDNM di talian 1-800-88-5436 atau 603-7713 6666 (Luar Negara); atau
iii. e-Mel pertanyaan kepada [email protected].



Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"BERSAMA MEMBANGUN NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(DATO' SRI SABIN BIN SAMITAH)
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Telefon : 03-83138888
Faks : 03-83137801
Laman Sesawang: http://www.hasil.gov.my
 
buat diam je, jangan jadi bodoh serah diri

i rasa u tatau ape itu FATCA

org malaysia ada harta luar negara kene declare.

org luar negara ada harta di malaysia pun kene declare.

it works both ways. G2G
 
buat diam je, jangan jadi bodoh serah diri
sekali kau dah serah diri. kalau kau kena bayar tax minggu depan tapi kejap lagi kau mati akibat hidu gas karbon dalam kereta pun LHDN suruh kau bayar jugak.
 
Semua da dpt emel ke
Hehe

973-B55-A6-2-EAD-4485-A55-E-89-E70-CF246-CA.jpg
 
dapat gak..

kalo xde apa2 simpanan offshore xpe kan??
 
LHDN main bantai je tu, smeua dia hantar.. bila kerajaan desperate nak duit, pasal hilang 20 billion dari GST

heheheh
 
Macam program yang sedang dijalankan LHDN ni, akan ada penipu (scammer) yang licik ambil kesempatan, melalui panggilan telefon misalnya untuk memperolehi sesuatu bernilai daripada mangsa.
 
Back
Top
Log in Register