BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Letupan Di Selatan Lubnan: Semua Anggota MALBATT 850-13 Selamat - Mohamed Khaled

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
6ae91d7c46d98f2d1e679d03978911d269c3c25570107

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Tiada anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang cedera dalam beberapa insiden letupan yang dilaporkan berlaku berhampiran kawasan operasi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan negara itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata insiden berkenaan berlaku susulan ketegangan antara Israel Defense Forces (IDF) dan Hezbollah di kawasan terbabit.

“Kementerian Pertahanan melalui Markas Angkatan Bersama sentiasa memantau perkembangan semasa, khususnya di kawasan penugasan MALBATT 850-13. Keselamatan anggota kekal menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Markas UNIFIL di Naqoura turut memantau keadaan secara berterusan serta mengeluarkan arahan kepada semua pasukan pengaman agar sentiasa berjaga-jaga.

“Langkah keselamatan tambahan telah dilaksanakan, termasuk rondaan berjadual, situational awareness serta komunikasi rapi antara unit,” katanya.

Beliau berkata MALBATT 850-13 terus melaksanakan tugasan di kawasan tanggungjawab dengan tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

“Pihak kami akan terus memantau situasi semasa serta bekerjasama rapat dengan pihak UNIFIL dan rakan pasukan pengaman lain bagi memastikan keselamatan anggota sentiasa terpelihara serta tugasan yang diamanahkan terus dilaksanakan dengan baik,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register