BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Letup mesin ATM, larikan wang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201
Letup mesin ATM, larikan wang
FB_IMG_1644309327839.jpg
FB_IMG_1644309331836.jpg
FB_IMG_1644309334036.jpg
FB_IMG_1644309337817.jpg
FB_IMG_1644309340146.jpg

KLANG - Dua penjenayah meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebelum melarikan sejumlah wang tunai di sebuah kedai serbaneka di Pekan Meru di sini awal pagi Selasa.

Kejadian itu disedari pekerja kedai serbaneka berkenaan ketika mahu membuka kedai kira-kira jam 8 pagi selepas mendapati pintu kaca kedai pecah selain pintu pada mesin ATM telah terbuka.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 4 pagi.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu dipercayai dilakukan oleh dua individu yang memecah masuk kedai serbaneka melalui pintu hadapan.

Kedua-dua suspek kemudiannya meletupkan mesin ATM di dalam kedai serbaneka berkenaan sebelum melarikan sejumlah wang.

Jumlah wang yang dilarikan masih dalam siasatan, katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Katanya, pihak polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

▶️ Sinar Harian
 
kalau aku, aku tak rompak ATM..
aku rompak mesin lain, siap dah ada plan lagi :ROFLMAO: :ROFLMAO:
 
Dasat ni. trial run kat mana macmana? takkan beli mesin atam kot. atau turus padang terus berjaya.
 
letupan berapa besar cukup untuk dapat buka pintu atm dan kat mana nak letak bom etc... mesti kena tau selok belok mesin.
 
7e slalunya 24jam, ngape yg ni tutup mlm? hebat tol letupan dia, rasa mcm xde dgr lg berjaya letup mesin atm ni..
 
Back
Top
Log in Register