BTC USD 81,412.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lets make 2007 special

Saya sudah bersedia untuk menjadikan 2007 SPECIAL, anda?


  • Total voters
    0
Bersabar la kulitubi. Mungkin untuk tahun 2007 walaupun bukan tahun baru dalam Islam . Mungkin ada hidayat serta kebaikannya . Ingat "Semuakan ada hikmahnya" . Jgn tak tengok Hikmah3
 
gua dah lama buat bodoh ni beb!!!...dah tak larat kena pijak dek orang ni !!... nak rebel lak!!!

ko jgn nanti dikatakan teroris laa plak koo tuu...:)
ooooo.......tahu jugak dok kena pijak....
tapi malangnya masih lagi yg belom sedar dipijak...:(
 
ko jgn nanti dikatakan teroris laa plak koo tuu...:)
ooooo.......tahu jugak dok kena pijak....
tapi malangnya masih lagi yg belom sedar dipijak...:(

tu ler beb!!...kalu jenis org kena pijak tapi tak sedar ni tak tahu biler lah nak maju!!!...
 
yg memijak kena ingat orang yg dipijak..
dan orang yg dipijak kena berhati2 supaya tak dipijak lagi
 
Benarkah beb..!!
Kita ini DAYusssssssssss..........

Pengundi, pembayar cukai, pengguna Malaysia terlalu dayus!
"Apakah kepentingan pemegang-pemegang konsesi yang berupa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan beberapa individu yang berjaya kerana ihsan kerajaan lebih penting daripada 24 juta pengguna, 3.5 juta pembayar cukai (cukai pendapatan saja) dan 10.3 juta pengundi?"

Oleh A Kadir Jasin

APAKAH pemerintah, pengguna, pembayar cukai dan pengundi Malaysia begitu tidak berdaya sehingga terpaksa menjadi hamba kepada pemegang-pemegang konsesi kemudahan awam nasional?

Bagi pemerintah, inilah gambaran dan hujah yang disogokkan kepada pengguna, pembayar cukai dan pengundi setiap kali ia mengizinkan kenaikan tol dan tarif oleh pemegang-pemegang konsesi ini.

Alasan yang diucapkan ke sekian kalinya oleh pembesar-pembesar negeri sehingga sudah menjadi klise – kata-kata kosong yang tidak bermakna -- ialah pemerintah tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian konsesi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pula, alasan itu dibuat dengan nada yang menyalahkan pemerintah terdahulu kerana menandatangani perjanjian-perjanjian konsesi berkenaan.

Banyak persoalan dan soal yang boleh ditimbulkan oleh masyarakat umum, oleh pengguna, pembayar cukai dan pengundi jika mereka mahu.

Masalahnya ialah masyarakat pengguna, pembayar cukai dan pengundi Malaysia sudah menjadi terlalu dayus dan terlalu pasif.

Misalnya kita boleh bertanya apakah beza antara pemerintah hari ini dengan pemerintah terdahulu yang merundingkan dan menandatangani perjanjian-perjanjian konsesi ini?

Bukankah Datuk Seri Abdullah Ahmad, Datuk Seri Najib Abdul Razak, Datuk Seri S Samy Vellu dan majoriti anggota Kabinet sekarang adalah juga anggota pemerintahan yang lampau?

Kalau pemerintahan sebelum ini yang mempelopori penswastaan dan merundingkan perjanjian-perjanjian konsesi boleh menangguhkan atau mengehadkan kenaikan tol dan tarif, mengapakah pemerintahan sekarang tidak boleh?

Apakah kepentingan pemegang-pemegang konsesi yang berupa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan beberapa individu yang berjaya kerana ihsan kerajaan lebih penting daripada 24 juta pengguna, 3.5 juta pembayar cukai (cukai pendapatan saja) dan 10.3 juta pengundi?

9174.jpg

Mengapakah seorang menteri yang begitu gah dan bercakap besar seperti Samy Vellu mempersembahkan dirinya sebagai amat tiada berkuasa, amat tiada berdaya dan amat tiada berpengaruh apabila berdepan dengan pengurus-pengurus GLC dan dengan beberapa orang individu yang menjadi kaya raya atas ihsan kerajaan itu?

Atau apakah pengurangan defisit dan pengimbangan belanjawan ala Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang nampaknya menjadi mantera pemerintahan sekarang lebih penting daripada kebajikan dan kesejahteraan rakyat jelata?

Najib pernah menyebut kepada saya secara peribadi bahawa saya sepatutnya lebih simpati dengan kerajaan kerana saya (kononnya) memahami isu-isu ekonomi dan perniagaan.

Tanggapan Timbalan Perdana Menteri tentang saya faham isu ekonomi dan perniagaan mungkin betul dan mungkin juga tidak.

Namun jawapan saya kepada beliau mudah sahaja --- bukan kewajipan rakyat jelata memahami dan bersimpati dengan kerajaan, tetapi adalah kewajipan kerajaan memahami, bersimpati dan mengatasi masalah rakyat jelata.

Itulah inti pati kontrak antara kerajaan dan rakyat jelata yang ditandatangani melalui peti undi setiap lima tahun sekali – yang terakhir pada tahun 2004.

Sudah sampai masanya bagi kerajaan sekarang yang sangat megah dengan mandat besarnya memikirkan semula kaedah pelaksanaan projek-projek kemudahan awan dan penguatkuasaan perjanjian-perjanjian konsesi agar isu kenaikan mandatori tol dan tarif dapat diatasi.

Ini boleh dimulakan dengan merunding dan menandatangani perjanjian konsesi yang lebih fleksibel dan tidak membebankan pengguna dengan pemegang konsesi projek-projek baru seperti Jambatan Pulau Pinang Kedua dan Monoril Georgetown.

Di pihak mereka pula, pengguna, pembayar cukai dan pengundi akan terus menjadi “mangsa” perniagaan raksasa dan francais nasional (seperti gula, gandum dan beras) jika mereka terus pasif dan sekadar bersungut sahaja.

Mereka harus berfikir mengenai ironis keadaan dan nasib mereka sekarang. Mereka memberi mandat besar kepada kerajaan dan membayar cukai kepadanya.

Dengan mandat yang ada kepadanya kerajaan menggunakan pendapatan cukai mereka untuk menubuhkan GLC dan memberikan kontrak berbilion ringgit kepadanya. Bukan itu sahaja. Banyak GLC dan pemegang konsesi raksasa diberikan pinjaman mudah (soft loan) oleh kerajaan untuk melaksanakan projek mereka.

9497.jpg


Pemegang konsesi ini pula memberikan kontrak pembinaan projek kepada anak syarikat mereka sendiri dan mengaut keuntungan awal.

Apabila projek siap untuk digunakan, beban dipindahkan kepada pengundi dan pembayar cukai “kerana kerajaan tidak mampu menanggung beban.”

Kalau rakyat jelata, pengguna, pembayar cukai dan pengundi Malaysia mahukan kontrak sosial yang lebih adil, mereka harus memikirkan semula “perjanjian” di antara mereka dengan parti-parti politik yang menyembah mereka pada setiap pilihan raya.

Mereka memerlukan kerajaan yang bersimpati dengan mereka dan bukan yang memohon simpati daripada mereka. Kerajaan yang memikul beban mereka bukan memindahkan beban kepada mereka.

Ke manakah perginya wang berbilion ringgit yang dijimatkan apabila kerajaan menarik balik subsidi petroliam sehingga menyebabkan harga petrol, diesel dan gas masak naik mendadak awal tahun lalu?

9131.jpg

Ke manakah perginya keuntungan Petronas dan GLC yang berpuluh bilion itu?

Kita harus memikirkan semula dan memastikan apakah jalan raya, bekalan air dan elektrik masih berupa perkhidmatan awam (public services) yang menjadi kewajipan pemerintah atau sudah ditukar menjadi perniagaan besar.
 
mmmm.......macam tak ada yg berani sahut jeee...;)
 
pjg ayat mcmana sekali pun, kalau dah biru tu, biru jugak lah...
nanti tengoklah kat batu talam ni.
 
mmmmm....cuma 6 org sahaja yg berani membuat perubahan...
nampaknya lama lagilah....geng yg celik IT kat sini pon tak berani..
apa thah lagi pakcik makcik yg kat kg sana nu...;)
 
Back
Top
Log in Register