BTC USD 84,388.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ Lesen Guru ~

Sokong ke Tak Sokong diwujudkan 'Lesen Guru'


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
maaf tanya,

bukan KAD LESEN ni dulu pernah ada ke, pastu dimansuh? cikgu2 super senior mungkin boleh jawab.

**jururawat pun ada lesen. siap ada tarikh luput lagi & ada nyatakan sama ada jururawat bidang am @ pakar(kumpulan yg ni ler kadang lebih terer ilmu dari dr2)
 
dengan cara apa nak menilai seseorg guru itu nak mengajar atau tidak.
sebab sesetengah guru yg x nak mengajar, asyik MC memanjang.. selalunya mempunyai hubungan yg baik dgn pentadbir.. pandai racun beb:-?

satu lagi..sesetengah cikgu yang tak nak mengajar sebab sibuk dengan program parti politik..(terutama program umno) :))

 
Last edited:
maaf tanya,

bukan KAD LESEN ni dulu pernah ada ke, pastu dimansuh? cikgu2 super senior mungkin boleh jawab.

**jururawat pun ada lesen. siap ada tarikh luput lagi & ada nyatakan sama ada jururawat bidang am @ pakar(kumpulan yg ni ler kadang lebih terer ilmu dari dr2)

betul..tapi bukan dipanggil lesen..tapi dipanggil permit mengajar..
 
hehe...
rasanya kat Institut perguruan dengan universiti fakulti pendidikan
studentnya dah abes kena brainwash dan di didik dengan pedagogi pendidikan yang pelbagai.

macam masuk tentera gak... cuma kandungan dan pendekatan je berbeza.

hehe.. ini nak lesen plak... hohoho
 
pasni saper2 bakal cikgu msti kna keluarkn fulur tuk amek lesen tu ek...



hai gov ku.................=(
 
dia nak ikut stail jepun kot...........

sesiapa pass exam, dapat lesen boleh mengajar secara tauliah.......
 
IKTISAS tu bukan lesen mengajar ker?

klu mcmtu xpayah la pg maktab balajar beberapa tahun..ambik KPLI, DPLI dsb..

kang kalu nak jd guru bertauliah kene ade IKTISAS..sama mcm lesen ler tu..

Menteri ni nak wat lesen itu ini..dk tambah duit pokek ker????

tp kalu guru bermasalah disiplin yg sgt teruk pyh tol nak buang!!
 
Lesen untuk guru

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
[email protected]
2010/05/22

Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion

KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.
Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata lesen perguruan itu telah dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masanya Malaysia menimbangkannya secara serius.
“Isu integriti menjadi perhatian kementerian saya dan perlu dicari satu kaedah bagaimana hendak mengekalkan integriti perguruan. Oleh itu, ada cadangan kita kaji atau lihat sama ada guru perlu ada lesen perguruan seperti doktor, peguam atau akauntan.

"Mereka perlu ada lesen, kalau langgar peraturan profesion mereka, lesen berkenaan akan ditarik balik dan tidak boleh membuat amalan pekerjaan itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin, Pengkalan Chepa, semalam.

Mohd Puad berkata demikian ketika mengulas kes seorang guru mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di Sibu, Sarawak, ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.

Perbuatan guru berusia 32 tahun itu dikatakan bermula Mac lalu, tetapi semua mangsa termasuk seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya, hanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Rabu lalu.
Mohd Puad berkata, kementerian memandang serius kejadian seumpama itu kerana sekiranya integriti guru tercemar, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada guru.

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan memperkenalkan lesen perguruan masih di peringkat awal dan belum dikemukakan ke Kabinet.

“Kajian juga belum dibuat kerana benda ini bukan mudah, ia membabitkan 390,000 guru di negara ini. Namun, kementerian sedang berusaha untuk menerokainya demi menjaga kepentingan profesion perguruan,” katanya.
 
kem pelajaran mncadangkan agar guru mesti memiliki 'lesen' utk mengajar. timb menteri dr fuad zarkashi berkata lesen tersebut seakan2 sama spt yg dimiliki oleh doktor, peguam dan akauntan.

wbgmanapun, NUTP (KPPK) tidak bersetuju dgn alasan yg tersendiri. tuan bagaimana pula? :-?:-?:-?

update 22/5/2010

Lesen untuk guru

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
[email protected]
2010/05/22

Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion

KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.
Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata lesen perguruan itu telah dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masanya Malaysia menimbangkannya secara serius.
“Isu integriti menjadi perhatian kementerian saya dan perlu dicari satu kaedah bagaimana hendak mengekalkan integriti perguruan. Oleh itu, ada cadangan kita kaji atau lihat sama ada guru perlu ada lesen perguruan seperti doktor, peguam atau akauntan.

"Mereka perlu ada lesen, kalau langgar peraturan profesion mereka, lesen berkenaan akan ditarik balik dan tidak boleh membuat amalan pekerjaan itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin, Pengkalan Chepa, semalam.

Mohd Puad berkata demikian ketika mengulas kes seorang guru mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di Sibu, Sarawak, ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.

Perbuatan guru berusia 32 tahun itu dikatakan bermula Mac lalu, tetapi semua mangsa termasuk seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya, hanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Rabu lalu.
Mohd Puad berkata, kementerian memandang serius kejadian seumpama itu kerana sekiranya integriti guru tercemar, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada guru.

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan memperkenalkan lesen perguruan masih di peringkat awal dan belum dikemukakan ke Kabinet.

“Kajian juga belum dibuat kerana benda ini bukan mudah, ia membabitkan 390,000 guru di negara ini. Namun, kementerian sedang berusaha untuk menerokainya demi menjaga kepentingan profesion perguruan,” katanya.

daripada lesen,aku rasa la,lebih baik kalau guru2 ni kene masuk kelas agama jugak..maksudnye,even mengajar,perlu ada dalam sehari atau 2 hari seminggu cikgu2 ni masuk kelas agama @ moral..

arghh...patutnye kat universiti pun kene ada ni..
jadi matapelajaran wajib tahun 1 - 4...
 
Back
Top
Log in Register