BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ Lesen Guru ~

Sokong ke Tak Sokong diwujudkan 'Lesen Guru'

  • Total voters
    0
  • Poll closed .

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
kem pelajaran mncadangkan agar guru mesti memiliki 'lesen' utk mengajar. timb menteri dr fuad zarkashi berkata lesen tersebut seakan2 sama spt yg dimiliki oleh doktor, peguam dan akauntan.

wbgmanapun, NUTP (KPPK) tidak bersetuju dgn alasan yg tersendiri. tuan bagaimana pula? :-?:-?:-?

update 22/5/2010

Lesen untuk guru

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
[email protected]
2010/05/22

Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion

KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.
Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata lesen perguruan itu telah dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masanya Malaysia menimbangkannya secara serius.
“Isu integriti menjadi perhatian kementerian saya dan perlu dicari satu kaedah bagaimana hendak mengekalkan integriti perguruan. Oleh itu, ada cadangan kita kaji atau lihat sama ada guru perlu ada lesen perguruan seperti doktor, peguam atau akauntan.

"Mereka perlu ada lesen, kalau langgar peraturan profesion mereka, lesen berkenaan akan ditarik balik dan tidak boleh membuat amalan pekerjaan itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin, Pengkalan Chepa, semalam.

Mohd Puad berkata demikian ketika mengulas kes seorang guru mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di Sibu, Sarawak, ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.

Perbuatan guru berusia 32 tahun itu dikatakan bermula Mac lalu, tetapi semua mangsa termasuk seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya, hanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Rabu lalu.
Mohd Puad berkata, kementerian memandang serius kejadian seumpama itu kerana sekiranya integriti guru tercemar, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada guru.

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan memperkenalkan lesen perguruan masih di peringkat awal dan belum dikemukakan ke Kabinet.

“Kajian juga belum dibuat kerana benda ini bukan mudah, ia membabitkan 390,000 guru di negara ini. Namun, kementerian sedang berusaha untuk menerokainya demi menjaga kepentingan profesion perguruan,” katanya.
 
Last edited:
kem pelajaran mncadangkan agar guru mesti memiliki 'lesen' utk mengajar. timb menteri dr fuad zarkashi berkata lesen tersebut seakan2 sama spt yg dimiliki oleh doktor dan jurutera.

wbgmanapun, NUTP (KPPK) tidak bersetuju dgn alasan yg tersendiri. tuan bagaimana pula? :-?:-?:-?
nak dapatkan lesen ye.... :D
bagus gak cadangan tu.......
nak tanya sikit.....
Timb Menteri ada bagi tau kaedahnya ke...? :D
 
tokmat™;6521281 said:
nak dapatkan lesen ye.... :D
bagus gak cadangan tu.......
nak tanya sikit.....
Timb Menteri ada bagi tau kaedahnya ke...? :D

sy hanya tgk/dgr berita tv3 tdi je. ini baru diprt cadangan. kaedah dan pendekatan katanya, seakan2 sama dgn doktor dan engineer. masih dlm prancngn lagi....

bagus ke guna lesen ni?
 
sy hanya tgk/dgr berita tv3 tdi je. ini baru diprt cadangan. kaedah dan pendekatan katanya, seakan2 sama dgn doktor dan engineer. masih dlm prancngn lagi....

bagus ke guna lesen ni?
bagus atau tidak...
bergantung kepada kaedah penerapan & pemberian lesen ini....
jadi... peperiksaan & assignment yang diguna pakai di Universiti Perguruan selama ini untuk apa tu....? :-?
 
doktor n jurutera ade lesen??? yg aku tau, jurutera cuma register ngan BEM jer... cukup tempoh, kalo nak, bleh apply professional engineer (yg ade title IR tu)... tapi ramai jer lagi yg tak register... pasal lesen engineer serius aku tak penah dengar...
 
itu yg disebut oleh dr fuad. lesen tu aku rase merujuk kpd 'sijil' khas melalui profesion diorang. kalau kira guru pun ada sijil juga sama ada PPPS atau PPPBS.

apa maksud timb menteri...kita tunggu dan lihat. :-?:-?
 
bagus atau tidak...
bergantung kepada kaedah penerapan & pemberian lesen ini....
jadi... peperiksaan & assignment yang diguna pakai di Universiti Perguruan selama ini untuk apa tu....? :-?

mungkin...
ke arah sijil/diploma/ijazah berlesen kot.
pep dan assgmt hanyalah syarat pengujian. pep
sbg penentu gred dan pointer. kaedah pelaksanaan
boleh berubah mngikut keperluan.
 
bukan ke guru skang nie mmg dah ada lesen.... erm pelik gak

bukan ke sijil, diploma atau ijazah pendidikan sama seperti LESEN ...... huhuhuhuhu
 
bukan ke guru skang nie mmg dah ada lesen.... erm pelik gak

bukan ke sijil, diploma atau ijazah pendidikan sama seperti LESEN ...... huhuhuhuhu

kalau skrg ko rase pelik....aku dah perasan dan pelik dr tadi lagi. menteri tu x faham kot. :-?:-?:o
 
Back
Top
Log in Register