BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lepasan SPM boleh isi jawatan kosong dari bergantung kepada pekerja asing

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,545
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,545
Reaction score
4,820
Points
266

Lepasan SPM boleh bantu pergantungan pekerja asing​

080422-mef-lepasan-spm-LEAD.jpg
SYED HUSSAIN SYED HUSMAN
  • Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
  • 8 April 2022, 7:30 am

PETALING JAYA: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tercicir daripada memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) boleh membantu mengurangkan pergantungan negara terhadap pekerja asing.

Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, masalah kekurangan tenaga kerja yang dialami ketika ini amat meruncing dan boleh diselesaikan menerusi penyertaan lepasan SPM yang tidak mahu melanjutkan pengajian lagi.
Katanya, masalah kekurangan pekerja ini menjejaskan usaha sektor swasta untuk membina semula perniagaan mereka terutamanya pada waktu ini negara memasuki fasa peralihan endemik.

“Tetapi malangnya rakyat tempatan termasuk lepasan SPM tidak berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada.
“Tanggapan bahawa majikan mengambil pekerja asing kerana kosnya murah adalah tidak benar sama sekali,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Beliau mengulas isu 260,000 lepasan SPM yang setiap tahun gagal menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan tidak diketahui kedudukan mereka sedangkan pada masa sama negara menghadapi masalah kekurangan pekerja.

Menurut Syed Hussain, kebanyakan kos yang ditanggung majikan untuk mengambil pekerja asing baharu boleh mencecah melebihi RM10,000.
Katanya, kos tersebut juga termasuk kos yang perlu dibayar jika majikan menggunakan khidmat ejen dan dianggarkan ejen mengenakan bayaran kira-kira RM2,000 untuk setiap pekerja asing.

“Perlu juga diingat di bawah dasar‘pengambilan kos sifar sebarang kos yang dibayar oleh pekerja sebelum datang ke Malaysia pada akhirnya hendaklah ditanggung oleh majikan di Malaysia.

“Sebagai contoh, kos yang perlu dibayar kepada ejen di Bangladesh oleh pekerja asing untuk datang ke Malaysia adalah sekitar RM15,000. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar majikan untuk mengambil pekerja asing Bangladesh mencecah RM 27,000 untuk setiap pekerja. Jika majikan menggunakan khidmat ejen kosnya boleh mencecah RM 29,000 untuk seorang pekerja,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menambah, majikan terpaksa bergantung kepada pekerja asing kerana pekerja tempatan tidak mahu mengisi kekosongan yang ada selain pekerja tempatan tidak bertahan lama.
“Ada sesetengah mereka berhenti selepas dua tiga bulan dan ada yang berhenti sepas diambil kerja kurang dari seminggu. Ada juga pekerja tempatan yang telah ditawarkan jawatan tetapi tidak langsung melaporkan diri,” katanya. – UTUSAN

sumber - https://www.utusan.com.my/nasional/2022/04/lepasan-spm-boleh-bantu-pergantungan-pekerja-asing/
 
majikan mostly prefer warga asing sbb warga asing ni jarang amik cuti...pastu sanggup pkerja 18-20jam sehari...budak2 kita tak tahan keje mcm tu...pastu kalau ada masalah berkaitan keluarga ke apa...mesti akan cuti lama...tu yg majikan tak berapa minat nak amik budak2 kita keje...warga asing ni dieorg fokus mmg nak cari duit je...benda2 lain dieorg letak tepi...famili pun jauh
 
Mana boleh nnti hbs la mengelupas jari jemari, nnti nk pegang phone 24 jam mcm mn, kami kn x blh berenggang dgn phone 24 jam, kena panas lg bila kerja, x pela biarla pekerja asing masuk asalkn kami x diganggu
 
ada je yg sanggup keje berat...cuma bila kawan sembang2 ngan owner ladang...tu la jawapan die...pasal cuti la problem utama
 
majikan mostly prefer warga asing sbb warga asing ni jarang amik cuti...pastu sanggup pkerja 18-20jam sehari...budak2 kita tak tahan keje mcm tu...pastu kalau ada masalah berkaitan keluarga ke apa...mesti akan cuti lama...tu yg majikan tak berapa minat nak amik budak2 kita keje...warga asing ni dieorg fokus mmg nak cari duit je...benda2 lain dieorg letak tepi...famili pun jauh
reason paling utama adalah gaji .. pekerja asing gaji sehabis minima .. epf pun xde .. kerja pun kontrak .. majikan jimat banyak .. pastu dapat kerah keringat pekerja kaw² ..

kat negara maju lain ... gaji pekerja sektor buruh ni tinggi .. contoh kerja angkut sampah / tukang cuci .. gaji tinggi oooo
 
gaji pun ya bos...tp kalau dlm konteks keje ladang...cuti...warga asing ni mmg tak cuti...selagi mandur tak kata cuti...dia keje selagi boleh...budak kita...mandur kena call suh dtg keje...tu pun bg alasan mcm2...ramai je budak kita yg keje ladang...tapi bg dieorg...mandur takleh kerah dieorg mcm warga asing...gaji sama je...dapat je sebulan 3K keje ladang...

kawan tak nafi keje kat obersi gaji tinggi...sbb kawan pun ada pengalaman tu hahaha...tp sama la jugak...kawan pun susah nak cuti masa keje sana :D
 
Back
Top
Log in Register