BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kerajaan digesa tangguhkan kemasukan 15,000 pekerja asing

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

MHO bantah hasrat PMX bawa 15 ribu Bayya​




MHO gesa tangguh kemasukan 15,000 pekerja asing​

WhatsApp-Image-2026-08-17-at-1.09.58-PM-1.jpeg
PENYERAHAN memorandum kepada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Aznur Hafeez Kaswuri di Kompleks Perdana Putra. Putrajaya.


PUTRAJAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa kerajaan menangguhkan kemasukan 15,000 pekerja asing dan memberi keutamaan kepada golongan tanpa kewarganegaraan (stateless) bagi mengisi kekosongan sektor 3D (kotor, berbahaya dan sukar).

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya tidak menentang usaha kerajaan memenuhi keperluan tenaga kerja, namun kemasukan pekerja asing dalam jumlah besar perlu dinilai semula dengan mengambil kira golongan stateless yang sudah berada di Malaysia.

Menurutnya, golongan berkenaan wajar diberikan identiti serta laluan pekerjaan yang sah untuk mengisi kekosongan dalam sektor 3D yang kurang diminati rakyat tempatan.

Hishamuddin berkata, langkah itu bukan sahaja memberi manfaat dari aspek kemanusiaan, malah mampu membantu ekonomi negara kerana pendapatan golongan stateless akan dibelanjakan dalam negara.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan pekerja asing yang sebahagian pendapatannya dihantar pulang ke negara asal, sekali gus menyebabkan wang mengalir keluar dari Malaysia.

Beliau berkata, pemberian identiti dan peluang pekerjaan kepada golongan stateless juga penting dari aspek keselamatan kerana mereka kini sukar dipantau dan diuruskan secara tersusun tanpa dokumen pengenalan.


“Stateless yang sekarang ini menjadi liabiliti pada negara, jika kita uruskan dengan baik, berikan mereka satu identiti dan peluang bekerja dalam sektor 3D, mereka ini akan menjadi aset kepada negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hishamuddin berkata, MHO mengendalikan kira-kira 1,000 kes membabitkan golongan stateless di Sabah yang ditahan, namun tidak dapat dihantar ke Filipina kerana tiada rekod atau negara penerima.

Menurutnya, sebahagian golongan itu merupakan generasi keempat dan kelima yang lahir serta telah lama berada di Malaysia.

“Jadi, mereka dibebaskan semula di Sabah kerana mereka ini tidak boleh dipanggil pendatang tanpa izin kerana mereka lahir di sini dan merupakan generasi keempat atau kelima yang tidak boleh diusir,” katanya.

Beliau berkata, golongan stateless berkenaan bukan sahaja berada di Sabah, malah sebahagiannya sudah menetap di Semenanjung termasuk di Jinjang, Klang dan kawasan lain.

“Kalau nak dapat 15,000 masyarakat stateless ini, tak payah import daripada Lahad Datu atau Tawau, di sini sudah sedia ada.

“Berikan mereka dokumen dan mereka bekerja memenuhi sektor 3D, tidak ada keperluan untuk kita membawa masuk pekerja asing baharu ke negara kita,” katanya.

Hishamuddin berkata, MHO akan membawa perkara itu kepada Kementerian Sumber Manusia supaya kemasukan 15,000 pekerja asing berkenaan ditangguhkan dan dinilai semula.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Sumber Manusia menyegerakan pemprosesan 15,000 permohonan pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor yang memerlukan. – UTUSAN

sumber - https://www.utusan.com.my/nasional/2026/08/mho-gesa-tangguh-kemasukan-15000-pekerja-asing/
 

MYFutureJobs Rekodkan Hanya 352 Warga Tempatan Mohon Kerja Untuk Sektor 3D Yang Berisiko​

Difahamkan, bilangan permohonan tempatan adalah kekal rendah.


Hanya 352 rakyat Malaysia didapati​

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, menyatakan keutamaan untuk peranan ini sentiasa diberikan kepada rakyat Malaysia sebelum pengambilan pekerja asing dibuka.

"Apabila pekerjaan ditawarkan di MyFutureJobs, dan tiada rakyat Malaysia yang tampil untuk mengambilnya, barulah kami akan membukanya kepada pekerja asing, pelarian atau orang lain," kata Ramanan, menurut New Straits Times.

Ramanan menambah bahawa bilangan permohonan tempatan kekal rendah, sementara permintaan untuk pekerja dalam sektor 3D terus meningkat.

mama_NSTfield_image_listing_featured_v2.var_1754786583.jpg
Image via NSTP

Terdahulu, Malaysian Humanitarian Organisation (MHO) telah mengemukakan memorandum bantahan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung rancangan untuk mempercepatkan permohonan bagi 15,000 pekerja asing untuk sektor 3D​

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishammuddin Hashim mencadangkan agar jawatan tersebut ditawarkan kepada komuniti tanpa kewarganegaraan Malaysia

Beliau menyatakan bahawa ramai antara mereka yang telah tinggal di negara ini selama beberapa generasi.

Hishammuddin berkata langkah itu dapat membantu menangani kekurangan tenaga kerja sambil memberi peluang kepada penduduk tanpa kewarganegaraan untuk menyumbang kepada negara.

Kerajaan menegaskan bahawa dasar buruh negara akan terus berkhidmat untuk kepentingan terbaik negara dan rakyatnya.

SUMBER - https://says.com/my/seismik/myfutur...tan-mohon-kerja-untuk-sektor-3d-yang-berisiko
 
Back
Top
Log in Register