BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lenyek sampai mati

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.3iOYoaPLZf.webp


Batu Gajah: Seorang lelaki dipercayai dibelasah teruk sebelum tubuhnya dilenyek berulang kali dengan tayar kereta oleh pembunuhnya hingga mati di kawasan Pusing, di sini.

Mangsa berusia lewat 30-an itu ditemui dalam keadaan tubuhnya mempunyai banyak kesan gilis oleh seorang penternak lembu jam 7.30 malam kelmarin.



Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, seorang penternak lembu tenusu berusia 41 tahun dikatakan terserempak mayat mangsa berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Lengkuas, Kampung Piandang, di sini.

Menurutnya, saksi kejadian yang terkejut dengan penemuan mayat hampir busuk itu menghubungi pihak polis di Balai Polis Pusing di sini, untuk memaklumkan kejadian itu.


“Susulan itu, polis IPD Batu Gajah dan Unit Polis Forensik bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mangsa terbaring di atas pelepah kering daun pokok kelapa sawit.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lenyeksampaimati//Article/index_html
 
nk konfem bagi mati, kena lenyek berulang kali..
 
lepas geram betul sampai mati mangsa dilenyeknya.
 
bila setan dah mengawal akal manusia
 
geram betul sipelaku..apa la kesnya tu kan..
 
giler ke apa gilis bnyak kali...
 
mati2 aku ingat batu gajah melaka.. ape la penulis paper ni.. kebanyakan xmo taruk negeri..
 
mati2 aku ingat batu gajah melaka.. ape la penulis paper ni.. kebanyakan xmo taruk negeri..

Err,kat melaka tu alor gajah kot..macam gelap je kulit mangsa,mungkin gaduh antara geng agaknya..
 
Back
Top
Log in Register