BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rendah sangat, pemandu wanita tidak sengaja lenyek Lamborghini lebih RM1 juta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80
LAMBO.jpg

REAKSI pemandu wanita selepas trak dipandunya melanggar bahagian hadapan sebuah kereta Lamborghini Huracan di Fort Lauderdale, baru-baru ini. – X

MIAMI – Seorang wanita memandu trak pikap seberat tiga tan secara tidak sengaja melanggar kereta  Lamborghini berharga RM1.34 juta di sebuah tempat letak kereta di negeri Florida, lapor akhbar The Sun semalam.

Usahawan kelahiran Cuba, Ramón Ferrer sedang mencari tempat letak kereta apabila trak Chevrolet Silverado melanggar bahagian hadapan Lamborghini Huracan berwarna hitam miliknya, baru-baru ini.

Trak pikap itu dipasang dengan suspensi dinaikkan, menyebabkan wanita tersebut tidak dapat melihat kereta sport yang rendah itu.

Trak itu naik ke atas Lamborghini, menyebabkan bahagian hadapan kereta remuk.

Dalam video yang dikongsi di laman Instagram, pemandu trak  dilihat keluar dari kenderaannya sambil memegang kepala,  tanda tidak percaya melihat apa yang berlaku. Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu.

Ferrer yang sebelum ini menyifatkan Lamborghini tersebut sebagai ‘kereta idaman saya’ memuat naik klip  video insiden itu di laman sosial.

“Hari ini saya dilahirkan semula. Terima kasih Tuhan untuk satu lagi hari dan satu lagi peluang. Harta benda tidak penting, keselamatan saya adalah perkara utama,” katanya. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register