BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lenyek kereta isteri lepas geram

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle


REMUK..kereta mangsa yang remuk dirempuh dengan lori tiga tan.

SUNGAI BULOH: Seorang suami yang cemburu kerana mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak ‘gila’ apabila memandu lori tiga tan lalu merempuh dan melenyek kereta isterinya yang diletakkan di luar pagar rumah sehingga remuk, malam kelmarin.

Bagaimanapun, isterinya yang berusia 30-an tiada di dalam kereta berkenaan sebaliknya berada di rumah ketika suaminya melepaskan geram.

Dalam kejadian jam 11.30 malam di rumah pasangan itu di Taman Suria berhampiran Kampung Desa Aman, di sini, suami terbabit yang juga pemandu lori naik angin dan melepaskan kemarahan itu dengan merempuh Myvi SE hitam milik isterinya beberapa kali sehingga remuk.

Menurut jiran pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Wong, 40, dia melihat suspek pulang ke rumah sejam sebelum kejadian, namun tidak mendengar pergaduhan di antara pasangan itu.


“Saya nampak lelaki itu masuk ke dalam rumah dan tidak lama selepas itu terdengar dentuman kuat sebelum paip di depan rumah saya pecah dan memancutkan air.



sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Lenyekkeretalepasgeram/Article
 
mcm2 eh...
dah ada td nie tt..
tp versi len sikit la..
 
ni org kata, marah nyamuk kelambu kena bakar..apalah salah nya dia jual je keta tu, dpt gak duit..
 
insurans dah xnak cover..
teruk sgt nie..
elok jd besi buruk jela..
 
kalau suami tau bini buat hal ... mcm2 leh jadi fuh
 
Back
Top
Log in Register