BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelong: Rayuan Amelina ditolak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini semalam menolak dengan kos permohonan bekas ratu dangdut, Amelina untuk menghalang proses pelaksanaan lelongan barangan perabot di rumah banglo berkembar dua tingkat yang disewanya di Kota Kemuning di sini.

Majistret Sharifah Nor Azlita Syed Salim Idid membuat keputusan itu tanpa menyatakan alasan mengapa permohonan itu ditolak selepas mendengar afidavit yang dikemukakan oleh peguam yang mewakili Amelina, Hairul Nizam Omar.

Dalam hujahnya, Hairul Nizam berkata, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharifuddin, 35, tidak mempunyai niat untuk melambatkan pembayaran sewa rumah tersebut.

Menurutnya, defendan mengadu terdapat kerosakan pada rumah itu dan meminta plaintif, K. Madhavankutty, 47, yang merupakan tuan rumah membaikinya segera tetapi tiada tindakan diambil oleh plaintif.

"Selepas menerima notis daripada plaintif yang meminta mereka menjelaskan sewa rumah, defendan membayar RM880 dengan anggapan baki hutang sewa ditolak ekoran defendan sudah membelanjakan RM1,800 bagi membaiki kerosakan rumah tersebut," katanya.
 
Sian..no komen..... bersabar amelina ah ah
 
sian gak aku tengok dia ni

walau pun dia buat kesilapan
 
silap pilih laki..
 
Back
Top
Log in Register